Bagi yang jarang memasak nasi di rumah memang selalu akan berdepan masalah beras dimasuki bubuk. Boleh jadi juga kerana kita tak menggunakan beras dalam tempoh lama kerana tidak duduk di kediaman.
Apa pun sebabnya, bila melihat bubuk atau ulat hitam yang banyak dalam beras memang terasa sayang. Maklumlah beras makanan asasi kita, dah tentu tak sampai hati nak buang.
Bagi yang ada masalah ini mungkin boleh lakukan cara yang dikongsi oleh Nurhasanah Harun.
Ujarnya 6 bulan tinggalkan rumah, beras yang di dapur dipenuhi dengan bubuk. Memandangkan masih banyak dan elok lagi ini cara yang dikongsi untuk mengeluarkan bubuk hitam dari beras serta mengasingkan beras yang rosak dengan yang elok.
1.Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masukkan dalam oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras. Bubuk dan ulat yang ada dalam beras akan mati. Kalau tiada oven boleh juga goreng tanpa minyak dalam kuali.
2. Keluarkan beras dari oven biar sejuk dan ayak untuk asingkan bubuk.
Tip asingkan beras rosak dimakan ulat
Macam mana nak tahu beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tiada beras yang timbul maknanya beras elok. Kalau ada banyak beras timbul maknanya ia ringan, cuba patahkan kerana di dalamnya ada ulat bubuk. Buang beras yang timbul ini kerana ia dah rosak.
Lagi petua elak bubuk
Dalam pada itu juga netizen turut berkongsi cara lain untuk mengelakkan dan mengeluarkan bubuk dari beras.
Cara paling berkesan, simpan beras dalam peti sejuk
Cara lain adalah jika akan tinggalkan rumah dalam jangka masa lama bungkus beras atau letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini memang berkesan, beras takkan dimasuki bubuk.