Untitled-1

Orang perempuan kalau di dapur boleh buat banyak kerja satu masa. Boleh jadi waktu memasak, pada masa yang sama basuh kain juga.

Kadang-kadang boleh terlupa yang dimasak atas dapur hingga rentung berasap. Kalau periuk murah takpe lagi tapi kalau yang rentung itu periuk kegemaran yang mahal memang menyesal tak sudah.

Kalau berlaku kejadian begini ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.

Boleh cuba cara yang dikongsi Makudacun Ibra ini.

Ads

Dah cuba, cara ini berkesan

Cara Bersih & Kilatkan Kembali Periuk Yang Hangus Rentung & Berkerak Bila Terlupa Tutup Api

Sebenarnya ada banyak cara tapi ini salah satu cara yang pernah dicuba dan menjadi. Guna bahan yang ada di dapur saja.

Ads

Bahannya

Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka

Caranya

  1. Mula-mula kita panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.

2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.

Ads

3. Biarkan berapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja dah berkilat semula.

Hasilnya

Cara Bersih & Kilatkan Kembali Periuk Yang Hangus Rentung & Berkerak Bila Terlupa Tutup Api

Selamat mencuba ye.

Sumber: Makudacun Ibra

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI