Bantal bila bersarung memang nampak elok tapi cuba buka sarung, macam ‘peta’ penuh dengan kesan kotor. Kalau dah bertahun-tahun guna lagilah, akan ada tompokan kuning kesan dari rambut yang basah, air liur dan sebagainya. Malah ada yang berbau.
Macam mana nak bersihkan bantal begini? Nah! Boleh cuba cuci bantal ini ikut cara yang dikongsi oleh Nismira
melalui akaun TikTok miliknya. Menggunakan 3 bahan hasilnya bantal penuh peta memang bertukar bersih.1. Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
2. Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
3. Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
4. Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
5. Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
@_nismira Reply to @casserajuliet tengok hasil dia🤢🤮 #homecare #cleantok #bantal #locamway ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
6. Bila nampak bantal dah bersih, boleh buang air kotor tadi dan bilas.
7. Kemudian boleh dijemur hingga kering.
8. Hasilnya…memang puas hati
@_nismira Reply to @_azimefan_ Last tu kucing memang tak rilek, dugaan kucing byk😌 #homecare #cleantok #TikTokGuru #locamway #bantal ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
Kata Nismira setiap 3 bahan yang digunakan itu ada fungsinya, baking soda untuk naikkan warna putih, manakala borax untuk hilangkan bau busuk sementara pencuci untuk bersihkan kotoran.
Selamat mencuba
Sumber: Nismira
Klik SINI kalau nak beli Borax
Artikel berkait: Step By Step Bersih Tilam & Nyah Kuman, Tak Perlu Angkat Pun