Selalu terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas.
Nak bersih kipas saja pun tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.
Antara cara yang memudahkan kita membersihkan kipas siling ini tanpa mengotorkan lantai adalah menggunakan sarung bantal. Boleh guna sarung bantal yang dah tak digunakan ya.
Hanya perlukan sarung bantal
Ads
Untuk mengelakkan debu berterabur satu rumah ketika bersihkan kipas siling apa yang anda perlukan hanyalah sarung bantal yang sudah tidak digunakan.
1. Cuma semburkan sarung bantal dengan air untuk melembapkannya, jangan terlalu banyak sampai menitis air.
Boleh juga semburkan dengan air yang dicampur bahan pencuci atau pun cuka.
Ads
2. Masukkan bilas kipas dalam sarung bantal yang lembap tadi.
Ads
3. Selepas itu picit dan tarik bahagian tepi bilah kipas untuk membuang habuk. Bersihkan bahagian bilas kipas yang lain. Ketika ini semua habuk akan jatuh dalam sarung bantal tanpa mengotorkan lantai.
Cuti sekolah dah bermula mesti ramai yang rancang untuk bercuti. Selain bajet, selalu yang memeningkan bila nak holiday dengan anak-anak adalah waktu nak packing barang.
Tambah pula anak kecil ramai lagi kalut. Kalau boleh semua nak bawa, itu dilema mak-mak. Supaya tak angkut barang banyak dan tak tinggal juga keperluan yang penting boleh ikut panduan packing yang dikongsi oleh Susun Atur Sioca.
Tip packing famili 6 orang, bawa 3 beg besar saja
Tip packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.
Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.
Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking. Ni tip ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah begnya.
Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries
Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop
Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.
Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.
Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap
-Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.
-Beg bersiap pula dari Mr Diy.
-Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
Beg makanan (merah) dan minuman (biru).
Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee. Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.
Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.
✅ beg beras
✅ periuk nasi travel
✅ sudu siap bekas
✅ alas makan
✅ suplemen wajib
✅ beg membasuh
✅ penyapu mini
✅ plastik sampah
Beg swimming.
Dalam beg swimming ada barang-barang ni.
Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:
– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger
Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.
Choco jar ini memang jadi kegemaran ramai, terutama anak-anak. Kalau jual laku keras. Ya lah coklat kan, siapa yang suka.
Tapi nak beli selalu pun kena berkira-kira sebab sebalang kecil saja harganya dah RM15. Jadinya apa kata kalau buat sendiri saja. Sebab cara nak buat pun mudah sangat, cuma guna tiga bahan saja. Nak buat berniaga pun boleh.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhamiza ini.
Buat sendiri choco jar, puas hati makan depan tv
Bahan-bahan
500 gram small coco crunch
500 gram coklat Berly
Setengah cawan minyak masak
Cara membuat:
Cairkan coklat guna teknik double boil
2. Dah cair coklat, letak minyak. Tujuannya supaya coklat tak beku semula bila dah sejuk. Kemudian gaul, dan letak dalam balang.
Siap!
TIP
Boleh guna apa jenis coklat, ikut cita rasa.
Boleh gantikan dengan buble rice juga tapi panggang dalam oven dulu sampai kekuningan. Suhu 160 darjah masa 7 minit ikut oven masing-masing. Boleh juga sangai dalam kuali kemudian biarkan sejuk.
Daun moringa atau daun kelor adalah antara tumbuhan herba yang dicari-cari kerana banyak manfaat untuk kesihatan.
Bukan saja daun, buah, bunga, akar, malah sekam dan minyaknya mempunyai khasiat perubatan kerana mempunyai pelbagai jenis vitamin, mineral serta antioksidan yang sihat.
Disebabkan itu ramai yang menanamnya,cuma mungkin ada yang tidak tahu cara untuk mengolahnya daunnya.
Bagi yang memiliki pokok ini di laman rumah boleh saja memproses sendiri daun ini dan menjadikannya dalam bentuk kapsul. Caranya ditunjukkan oleh Suriani Lin Mat Din.
Cara proses sendiri daun moringa jadi serbuk dan kapsul
Sekadar perkongsian, saya tanam pokok moringa /remunggai/murunggai ini pada bulan 8.2024. Saya pangkas pada 29.12.2024 yang lalu, sebab rimbun dan rendang daunnya. Saya jemur daun2 moringga untuk diadikan kapsul dan teh.
Ini langkahnya
1. Mula-mula pangkas daunnya, lurut ke semua daun itu. Pastikan buang benda asing serta tangkainya.
2. Cuci bersih daun dan tos. Masukkan ke dalam penapis dan jemur kering.
3. Pastikan daun tersebut dibalik-balikkan supaya cepat kering. Saya keringkan selama 3 hari,bergantung kepada cuaca.
4. Selepas dijemur kering, terus kisar halus supaya mudah dan cepat hancur kerana waktu itu daun sedang kering dan rapuh.
5. Selepas itu boleh lah dibiarkan sejuk dan simpan dalam bekas yang kering, dan bertutup rapat.
6. Boleh juga membeli sarung kapsul dan memasukkannya untuk lebih mudah diambil.
Manfaat moringa
Antara manfaat daun moringa adalah, merawat asma, meningkatkan sistem imun badan, menjaga kesihatan mata, menurunkan paras gula dalam darah, menjaga kesihatan jantung, menjaga kesihatan otak dan banyak lagi.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...