Ramai yang suka makan ikan keli tapi tak ramai yang mahu masak di rumah. Sebabnya kalau tak bersihkan betul-betul akan ada bau hanyir kemudian bila nak goreng meletup-letup pulak. Itu yang tak sanggup.
Sememangnya untuk siang atau bersihkan ikan keli ada caranya untuk elak bau hanyir. Bagi yang nak cuba masak atau goreng sendiri ikan keli ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Afy Al Habibi. Beliau juga turut berkingsi tip supaya ikan keli goreng jadi rangup dan tak meletup-letup waktu digoreng.
Tip bersih ikan keli supaya tak hanyir, goreng tak meletup & rangup
Tip untuk peminat ikan keli. Cikgu nak beri tip kepada yang belum tahu. Masalah utama ikan keli ni ada satu bau yang kuat. Hanyir sangat. Jadi cikgu nak kongsikan cara hilangkan bau tersebut.
Cikgu juga ada bagi resepi mudah untuk goreng ikan keli supaya menjadi rangup. Rupa ikan keli pun elok lurus je badannya. Takda yang patah pinggang. Paling penting masa gorengnya tak meletup-letup.
Okay jom mula. Tengok betul-betul dekat gambar.
1. Selepas bersihkan lemak dan darah beku di tengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Dekat dengan jari cikgu tunjukkan. Gunting sedikit pada bahagian tersebut. Buat kiri dan kanan bahagian ikan.
Ads
Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan. Tak ramai sebenarnya kalau kita makan kat luar, bahagian tersebut akan dibuang. Kenapa cikgu kata begitu? Sebab dah banyak kali terkena. Nampak kan? Kedua-dua belah tu kena korek keluar.
2. Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya.
3. Kemudian tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Kemudian barulah dicuci bersih sekali lagi. Inilah rupa ikan keli yang telah siap dibasuh.
Ads
4. Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk di bawah: -1 ulas bawang putih -Sehiris nipis halia -Serbuk kunyit -Garam -Secukup rasa
5.Tip seterusnya untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum. Goreng guna tips ini juga buat ikan tak melekat. Malah ikan keli juga lebih rangup.
Ads
6.Gorenglah ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam. Kemudian masukkan ikan. Tutup dengan tudung periuk.
Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat.
Kebanyakan rumah mesti ada plug extension untuk kegunaan barang elektrik. Masalah biasa extension ini adalah selalu rosak, ada yang sampai semua tak boleh guna. Bila dah begini biasanya kita beli saja yang baru kan.
Tapi selain beli baru kita ada alternatif lain, plug extension yang bermasalah ini boleh kita baiki sendiri. Dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah boleh ikut cara baiki extension plug yang beliau lakukan.
Cara baiki plug extension yang rosak
Di rumah mak saya ni ada plug extension rosak. Nak beli baru macam membazir satu set ni sekarang dah RM20-RM30.
Selepas inspection saya buka kepala plug dan dapati wire N dan L plug extension ini tertanggal. Ia berpunca dari wire clip yang tercabut mungkin banyak tangan usik.
Sebagai seorang seorang suami kepada isteri di rumah duit nak beli extension baru tu takda hal sangat tetapi maruah kita itu nak letak mana takkan la benda simple macam ni terus nak beli baru atau panggil pomen untuk baiki benda ni.
Saya sambungkan semula wire dan tape tebalkan sedikit bahagian wire clip tu supaya wayar tahan tak mudah tanggal dia grip bila tutup katup kepala plug.
1. Daripada pemeriksaan luar tengok wayar di sini dah longgar.
2. Bila dah buka kepala plug boleh nampakkan wayar Neutral dan Live tu sudah tercabut. Wire clip pun dah hilang. Jadi kita masuk lock semula kat pin masing-masing. Pastikan pasang sambungan betul ya Earth, Live, dan Neutral.
3. Untuk pengganti kepada klip wayar ni cuma gunakan tape saja supaya grip plug kuat.
4. Hasilnya plug extension alhamdulillah siap baiki nyala boleh pakai macam biasa.
Sekian perkongsian dari AES. Boleh check kat rumah kita kalau ada plug extension yang rosak kut ini puncanya. Make sure pasang sambungan betul ya Earth, Live, dan Neutral kalau tak sure boleh Google.
Saranan: Seeloknya extension seperti ini digunakan untuk alatan elektrik yang ringan saja. Untuk barang elektrik yang guna banyak tenaga seperti heater tak disarankan.
Potong buah tabur serbuk asam boi memang syok makan. Kalau suka makan buah bersama asam boi ini, apa kata buat saja sendiri di rumah.
Buat banyak terus, nanti senang bila nak makan. Tabur saja, jimat pun jimat dan yang penting boleh buat serbuk asam boi ini ikut cita rasa kita, nak kurang kan manis, lebih masam boleh saja. Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Siti Khadijah.
Buat sendiri serbuk asam boi, makan dengan buah potong memang sedap
Takde masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu, mangga memang sedap. Kalau beli pun dah berapa kan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang, jimat pun jimat.
Bahan-bahan:
Asam boi
Gula pasir
Plum powder
Cara membuat:
1. Asingkan biji dari asam boi.
2. Kisar halus (blend kering). Letak dalam satu bekas.
3. Kisar gula bersama plum powder. Blend halus juga.
4. Satukan dengan asam boi yang sudah dikisar tadi. Gaul sebati. Boleh juga masukkan dalam satu bekas kemudian goncang-goncang. Siap!
Nota:
Resipi tiada sukatan sebab buat ikut naluri.
Saya tak tambah garam sebab asam boi dah ada rasa masin. Tapi boleh ikut selera masing-masing. Dah siap cuba rasa.
Jika nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera.
Sawi antara sayur kegemaran dan juga selalu ditanam sekitar rumah. Ia antara yang mudah untuk ditanam terutama bagi yang baru mencuba bercucuk tanam.
Meski mudah tapi jika tak dijaga mengikut cara yang betul, sayur sawi mungkin akan kekuningan dan terbantut, dan tak hijau.
Jika berlaku mungkin panduan yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad ini boleh dijadikan panduan.
Tip supaya daun sawi betul-betul hijau, tak kuning
Bagaimana nak bagi sawi yang kita tanam betul betul hijau dan tidak berwarna kuning atau terbantut pembesarannya?
Caranya, guna sekam padi dalam media semaian dan ketika pindah untuk ditanam. Lagi banyak sekam padi lagi bagus. Sawi ini berumur lebih kurang 5 minggu.
Saya terus petik dan tak akan tunggu sehingga lebih 6 minggu ataupun 2 bulan.Sebabnya kalau lebih daripada 2 bulan,batangnya akan keras dan bila dimakan ia tidak rangup dan rasa berserat.
Sembur dengan bancuhan cuka kayu
Selain daripada sekam, elok juga amalkan penggunaan cuka kayu. Rata rata masalah tanaman adalah daun kuning, layu, lecur, mati, diserang ulat dan serangan bena dan sebagainya.
Jadi pastikan setiap rumah yang nak brkebun walau sekangkang kera, ada sebotol cuka kayu (apa apa jenama pun boleh). Bancuh ikut sukatan ini berikut;
Bancuh 2 ml cuka kayu bersama dengan 1.5 l air biasa. Kemudian sembur ikut keperluan.
Spray pada keseluruhan daun, batang dan juga tanah, tiada masalah. Spray pada tanaman seminggu dua tiga kali pun boleh.
Ianya sangat efektif untuk akar, kemunculan tunas baru, penghijauan daun, elakkan masalah bena dan ulat serta meneutralkan pH tanah.