Ramai yang suka makan ikan keli tapi tak ramai yang mahu masak di rumah. Sebabnya kalau tak bersihkan betul-betul akan ada bau hanyir kemudian bila nak goreng meletup-letup pulak. Itu yang tak sanggup.
Sememangnya untuk siang atau bersihkan ikan keli ada caranya untuk elak bau hanyir. Bagi yang nak cuba masak atau goreng sendiri ikan keli ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Afy Al Habibi. Beliau juga turut berkingsi tip supaya ikan keli goreng jadi rangup dan tak meletup-letup waktu digoreng.
Tip bersih ikan keli supaya tak hanyir, goreng tak meletup & rangup
Tip untuk peminat ikan keli. Cikgu nak beri tip kepada yang belum tahu. Masalah utama ikan keli ni ada satu bau yang kuat. Hanyir sangat. Jadi cikgu nak kongsikan cara hilangkan bau tersebut.
Cikgu juga ada bagi resepi mudah untuk goreng ikan keli supaya menjadi rangup. Rupa ikan keli pun elok lurus je badannya. Takda yang patah pinggang. Paling penting masa gorengnya tak meletup-letup.
Okay jom mula. Tengok betul-betul dekat gambar.
1. Selepas bersihkan lemak dan darah beku di tengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Dekat dengan jari cikgu tunjukkan. Gunting sedikit pada bahagian tersebut. Buat kiri dan kanan bahagian ikan.
Ads
Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan. Tak ramai sebenarnya kalau kita makan kat luar, bahagian tersebut akan dibuang. Kenapa cikgu kata begitu? Sebab dah banyak kali terkena. Nampak kan? Kedua-dua belah tu kena korek keluar.
2. Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya.
3. Kemudian tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Kemudian barulah dicuci bersih sekali lagi. Inilah rupa ikan keli yang telah siap dibasuh.
Ads
4. Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk di bawah: -1 ulas bawang putih -Sehiris nipis halia -Serbuk kunyit -Garam -Secukup rasa
5.Tip seterusnya untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum. Goreng guna tips ini juga buat ikan tak melekat. Malah ikan keli juga lebih rangup.
Ads
6.Gorenglah ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam. Kemudian masukkan ikan. Tutup dengan tudung periuk.
Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat.
Mesti ramai peminat sambal paru kan. Dapat pula yang garing, pedas-pedas ada manis sikit memang sedap.
Selau makan kat kedai, kali ini kita cuba buat sendiri. Boleh ikut perkongsian Wan LuQman untuk dapat sambal paru garing yang tersedap bersama dengan tip goreng paru supaya ada ‘kick’.
Langkah demi langkah
1. Rebus paru dan tos, biar betul-betul kering. Jangan ada air, kalau tak nanti meletup bila goreng. Bila dah kering, gaul dengan kunyit, sedikit rempah kari dan sedikit garam.
2. Goreng, sengaja goreng dengan cili kering. Ada kick katanya.
3. Paru yang telah garing.
4. Tumis bawang kisar dan cili kisar. Kemudian masukkan serbuk pati ayam sebagai pengganti garam.
5. Bancuhan air asam jawa dan belacan. Tuangkan sesedap rasa, jangan tuang semua.
6. Guna sos ini sebagai pengganti gula. Ada rasa manis dan ada rasa.
7. Letak daun limau purut supaya harum.
8. Masukkan paru yang digoreng tadi, kacau sebati.
9. Letak sikit kicap manis supaya nampak gelap sikit.
10. Dah gaul sebati, masukkan bawang holland.
11. Goreng sekejap supaya bawang masak dan garing. Siap!
Sambal ikan bilis memang kegemaran ramai. Termasuk sambal garing ikan bilis macam ni. Makan waktu sahur memang sesuai, dari takde selera boleh bertambah nasi. Tambah telur mata dah cukup.
Sambal garing ini memang banyak dijual tapi sebenarnya nak buat sendiri pun boleh. Caranya mudah dan yang penting boleh ikut cita rasa sendiri sama ada nak pedas, kurang pedas, rasa manis sikit atau sebaliknya.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Syarah Amanina ini. Sudah empat kali menyediakan sambal menggunakan cara ini, ia memang sedap. Sentiasa tak cukup, memang laku keras!
Cara buat sambal garing ikan bilis
1. Goreng sampai garing ikan bilis. Nak cepat rangup guna yang dah siap kopek especially bilis mata biru.
2. Selepas goreng ikan bilis, buang minyaknya. Tinggalkan sikit saja kemudian goreng pulak cili kering. Goreng sampai garing juga.
Pastikan cili kering digunting, dibuang biji, dibasuh dulu dan ditos hingga kering supaya mudah garing.
3. Dah siap goreng cili kering, masukkan dalam blender kering dan tabur kiub ikan bilis.
4. Kisar, bab ini mencabar sedikit. Kita kena buka dan kacau beberapa kali supaya ikan bilis hancur. Mencabar sebab baunya memang menusuk hidung.
5. Dah siap blend, masukkan semula dalam kuali. Pastikan tiada minyak dalam kuali ya. Kalau ada sikit-sikit minyak tak mengapa.
6. Campurkan sekali ikan bilis tadi. Gaul gaul gaul sampai sekata.
7. Masukkan garam sikit dan gula secukup rasa. Nak lagi sedap tabur bawang goreng. Bau dia memang semerbak bau. Terus rasa nak bukak periuk nasi cedok nasi ngapp !
Dah siap boleh terus makan. Sambal ini tahan lama tapi biasanya tak sampai seminggu dah habis.
Hujung bulan depan kita dah nak mula puasa. Dah boleh juga kalau nak siap-siapkan bahan bagi yang nak buat kuih raya.
Salah satu kuih yang selalu di setiap rumah waktu raya adalah tart nenas. Biasanya kalau buat sendiri, jem kita beli yang ready made. Cuma kalau beli rasanya ‘kureng’ berbanding buat sendiri.
Nak sedap kena buat sendiri, kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Nureen Jalaly ini. Jem nenas homemade ini bukan saja enak tapi juga tahan lama. Boleh tahan setahun. Nak buat juga tak lama. 10 biji nenas boleh siap dalam 1 1/2 jam.
Cara mudah dan cepat buat jem tart nenas
Di sini saya kongsikan cara-cara buat jem tart nenas. Hanya perlukan 1 1/2 jam untuk membuat inti untuk 10 biji nenas.
Bahan-bahan:
10 biji nenas – dibuang kulitnya dan matanya
Gula
2 penutup kecil pewarna kuning
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 penutup kecil esen vanilla
1 biji limau nipis
Cara membuat:
1.10 biji nenas diparut/disagat dan jangan sampai bahagian tengah nenas. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.
2. Setelah semua nenas habis disagat tapiskan airnya sehingga kering.
3. Seterusnya ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir. Pastikan guna mangkuk yang sama.
4. Selepas itu masukkan ke dalam kuali isi nenas bersama gula. Masukkan juga pewarna kuning, esen vanilla,bunga cengkih, kulit kayu manis kemudian hidupkan api. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).
5. Akhir sekali setelah tutup api perahkan asam limau nipis (inti ini boleh tahan setahun jika disimpan dalam peti ais).
Ketika buat face verification untuk aplikasi yang memerlukan prosedur ini ramai kalangan kita yang mengambil mudah tentang pemakaian. Ada yang memakai singlet sahaja malah ada juga yang berkemban Ketika melakukannya.