
Selalu terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas.
Nak bersih kipas saja pun tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.
Tapi lepas tahu tip ini mungkin situasi ini takkan berlaku lagi.
Hanya perlukan sarung bantal
Untuk mengelakkan debu berterabur satu rumah ketika bersihkan kipas siling apa yang anda perlukan hanyalah sarung bantal yang sudah tidak digunakan.
1. Cuma semburkan sarung bantal dengan air untuk melembapkannya, jangan terlalu banyak sampai menitis air.
Boleh juga semburkan dengan air yang dicampur bahan pencuci atau pun cuka.
2. Masukkan bilas kipas dalam sarung bantal yang lembap tadi.
3. Selepas itu picit dan tarik bahagian tepi bilah kipas untuk membuang habuk. Bersihkan bahagian bilas kipas yang lain. Ketika ini semua habuk akan jatuh dalam sarung bantal tanpa mengotorkan lantai.
4. Ulang pada bilah kipas yang lain. Dah siap!
Cara Tukar Bil Elektrik Kepada Nama Penyewa, Elak Tuan Rumah Rugi Bila Penyewa Tak Bayar

Sering kali kita dengar kes penyewa rumah membuat onar meninggalkan kediaman tanpa membayar bil elektrik yang ada mencecah ribuan ringgit. Mahu tak mahu tuan rumah terpaksalah membayarnya kerana atas nama beliau.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku atau berulang hingga menyebabkan kerugian lebih baik tukar nama bil elektrik pada nama penyewa supaya mereka berasa bertanggungjawab untuk membayarnya dan nama tuan rumah tak tercalar.
Dan semua permohonan untuk tukar nama bil elektrik ini boleh dibuat melalui online. Tak perlu ke pejabat TNB! Caranya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Hazwan Abdullah.
Cara tukar nama bil TNB dari owner kepada penyewa secara online
1. Register dulu dekat
https://www.mytnb.com.my/
2. Lepas register dalam port TNB tu, kita boleh monitor bil, bayar bil , tengok penggunaan semasa and etc.
3. Untuk tukar nama dari tuan rumah kepada penyewa atau dari owner lama ke owner baru atau , step dia sama, kecuali dokumen saja yang lain.
4. Untuk memohon tukar nama, boleh rujuk screenshot dekat bawah, step by step.
5. Settle je permohonan tukar nama dekat portal, nanti kita akan terima satu email pengesahan untuk tukar nama.
6. Dalam sehari dua macam tue, staff TNB akan call kita untuk confirmkan permohonan kita.
7. Kemudian, TNB akan hantar satu lagi email beritahu no akaun TNB yang baru , dan juga lampiran deposit berapa yang kita kena bayar. Deposit boleh di bayar melalui online banking kepada nombor akaun TNB yang baru.
8. Lepas bayar deposit, kita akan terima satu lagi email from TNB ( welcome email) , so settle dah tukar nama.
9. Dalam proses permohonan tue, kita akan pilih bila tarikh akhir bacaan meter untuk akaun yang lama, sebagai contoh kita pilih 10 hb, so dari tarikh 26 hb hingga 10hb , penggunaan eletrik pada tarikh ni akan ditolak dari deposit owner lama. Selepas tarikh tue, penggunaan akan di caj kepada akaun yang baru. SETTLE !
Untuk lebih detail, boleh rujuk screen shot yang dikongsi oleh Hazwan ini
- Register dulu https://www.mytnb.com.my/
2. Untuk permohonan, tekan garisn tiga dekat atas kanan
3. Tekan apply
4. Untuk tukar nama dari owner lama ke owner baru atau tukar nama dari owner kepada penyewa, tekan “I am moving in, get me started”
5. Dekat property address, isi alamat sama dengan alamat semasa bil TNB, dia akan automatic keluar .
6. Pilih i’m applying as
7. Pilih individual
8. Dokumen yang diperlukan
9. Then, isi semua personal details penyewa baru.
10. Ok dekat sini, electric supply date adalah bacaan akhir meter akaun yang lama, so penggunaan eletrik pada tarikh yang kita pilih tue akan di bil kan kepada penyewa.
Pilih jugak masa untuk bacaan akhir meter. Kalau meter tue boleh access by TNB, tick jer. Untuk address tue, just click dekat same address kalau kita nak bil hantar dekat adress yang sama.
11. Pilih tarikh
12. Pilih waktu
13. Klik Same premise address
14. Step 1 boleh download permohonan kita, just untuk reference kita. Step 2, upload dokumen yang diperlukan.
15. Then, click all the requirement tue and click submit!
16.Dalam sehari dua macam tu, TNB akan hantar email beritahu nombor akaun yang baru, lepas tue berapa deposit yang kena bayar
17. Ini deposit yang kena bayar, berbeza jumlah berdasarkan jenis kediaman. Kalau apartment, RM263
19. Lepas bayar deposit, kita akan terima satu email macam ni, so settle urusan tukar nama tanpa pergi kaunter.
Selesai urusan tanpa pergi ke kiosk TNB. Online saja.
Sumber: Hazwan Abdullah
6 Makanan Ini Tak Boleh Dimakan Bersama Dengan Durian. Bahaya!

Sekarang musim durian, harga pun sudah mampu milik jadi peminat raja buat takkan lepas peluang.
Tapi dalam keterujaan makan durian ini kita kena ingat, ada makanan yang tak boleh kita ambil dalam jarak waktu yang dekat selepas atau sebelum makan durian.
Makanan ini jika dimakan dalam tempoh masa yang dekat boleh memberi kesan pada tubuh termasuklah jantung. Awas ya.
1. Kopi
Kopi adalah minuman yang tidak boleh diambil bersama dengan durian. Minuman ini mengandungi tahap kafein yang tinggi dan mampu meningkatkan degupan jantung.
Kopi juga boleh menyebabkan suhu tubuh menjadi panas, begitu juga dengan durian. Sebab itu kita tak boleh mengambil makanan ini sekali terutama untuk yang ada masalah jantung.
2. Susu
Makan durian dan kemudian minum pula susu boleh menyebabkan tekanan darah naik. Kandungan sulfur yang ada pada durian juga ada pada susu. Jadi bila durian diambil dengan susu, ubuh tak dapat bekerja secara maksimum untuk mengeluar dan menghancurkan toksin.
3. Ketam
Selepas makan durian badan kita akan cepat panas, tapi ketam pula dikatakan boleh menyejukkan suhu badan. Perbezaan yang ketara ini menyebabkan ia tidak sesuai dimakan bersama, selain itu keduanya juga mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
4. Daging lembu & kambing
Daging lembu juga memberi kesan panas pada tubuh. Bila dimakan bersama boleh mengakibatkan peradangan dalam tubuh. Oleh itu elak jadikan durian sebagai pencuci mulut selepas makan lauk daging atau stik.
5. Minuman bikarbonat
Minuman ini juga membukan kadar kafein, selain kandungan gula yang sangat tinggi. Mengambil minuman ini ketika makan durian atau sejurus selepas makan durian kana meningkatkan tekanan darah tinggi dan kadar degupan jantung.
Cara Buat Telur Air Asam, Lauk Simple Tapi Sedap. Telur Buat Separuh Masak Lagi Ngam

Lauk yang simple selalu buat kita makan menambah. Salah satunya adalah macam lauk ini, telur air asam. Nak buat pun senang, tak payah goreng-goreng bagai.
Lauk ini makan dengan nasi panas, ada ikan goreng pun dah mantap gabungannya. Nak buat tengah hari ni pun sempat sebab mudah sangat. Caranya dikongsi oleh Mahfuzah Aidi.
Cara buat telur air asam, lauk simple tapi sedap
1. Rebus telur dalam 5 minit (buat separuh masak lagi sedap).
2. Hiris bawang dan lada cili.
3. Buat air asam jawa.
4. Letak sikit gula n garam dan serbuk perasa (kalau suka).
5. Kemudian tuang atas telur rebus yang siap dikupas dan dibelah dua.
6. Biarkan dalam 5-10 minit supaya kuah menyerap dalam telur. Siap!
Makan dengan nasi panas aduhaiii memang layan
Selamat mencuba