Kebanyakan kita akan ada koleksi kasut putih. Memang senang dikenakan dengan apa jua pakaian tapi masalahnya ia cepat kotor terutama sekali bahagian tepi kasut. Kotoran di bahagian ini pula seakan melekat sukar dihilangkan.
Bagi membersihkan kasut atau sneakers putih sebenarnya ada cara tertentu yang perlu dipraktikkan, barulah kotorannya hilang. Salah satunya menggunakan cuka dan juga baking powder. Kaedah yang dikongsi oleh @mader ini, kasut tak perlu dibasuh guna air pun dan lebih mudah.
Cara bersihkan kotoran pada kasut putih tanpa guna air
Saya nak kongsi sikit macam mana nak putihkan semula kasut putih korang yang ada kotoran hitam degil dengan menggunakan dua bahan yang ada di dapur. 99% berjaya sebab saya pun mempraktikkannya.
1. Sediakan cuka makan dan baking powder. Campurkan satu sudu cuka makan bersama dua sudu baking powder dalam satu bekas.
Ads
2. Kacau sebati bahan ini kemudian gosok pada bahagian kasut yang ada kotoran. Boleh guna berus gigi dan berus sampai kotoran hilang.
Ads
3. Bila kesan kotoran hitam dah hilang, jangan cuci dengan air sebaliknya cuma lap menggunakan tisu.
Buah cempedak ini selain sedap dimakan terus, kalau digoreng lagilah enak. Tapi harganya boleh tahan juga mahal. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah. Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya.
Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
1. Perhati mata/duri kulit cempedak
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
2. Tekan kulit
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Warna kekuningan, tangkai coklat
Cempedak yang sudah masak, manis dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
4. Bau wangi menyengat
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
5. Pilih yang lebih berat
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.
Bagi memastikan tanaman yang kita tanam di rumah subur, faktor tanah atau media cukup penting. Selalunya kita guna tanah campuran yang kita beli terus di nurseri. Tanah jenis ini memang membantu tanaman kita subur.
Tapi daripada beli apa kata kita buat sendiri tanah campuran ini. Lagi jimat dan cara menyediakannya juga mudah. Bagi yang banyak bercucuk tanam boleh ikut perkongsian Azuan Abdullah untuk membuatnya.
Cara buat tanah campuran yang paling mudah
Nisbah untuk buat tanah campuran ini tiada yang tepat sebenarnya, sebab ia bergantung kepada jenis dan tekstur tanah top soil tersebut.
Kebiasaan yang selalu saya buat adalah nisbah 2:1:1 dan 1:1:1. Yang saya ajar ini adalah nisbah 2:1:1. Ianya bermaksud 2 bahagian tanah top soil, 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik.
Ini bahan-bahan yang digunakan:
Tanah top soil
Pasir halus (nak guna cocopeat pun boleh)
Tinja lembu kering (nak guna bokashi, kompos atau lain-lain bahan organik pun boleh)
EM atau Plant Booster
Cara membuat:
1. Ambil 2 bahagian tanah top soil. Tanah ini saya ambil depan rumah saja.
2. Ambil 1 bahagian pasir halus. Ini pasir lebihan buat pagar rumah.
3. Ambil 1 bahagian tinja lembu kering. Pastikan ianya dah betul-betul kering (boleh juga guna tinja ayam, kambing bokashi atau kompos).
4. Gaulkan ke 3-3 bahan tadi hingga sebati.
5. Isikan campuran yang dah siap di dalam bekas tanaman yang kita nak guna. Saya guna tong cat terpakai saja.
6. Siram tanah campuran tadi dengan plant booster atau EM. Kadar pencairan adalah 15-20 ml untuk 1 liter air. Saya siram lebih kurang 2 liter untuk satu tong cat.
7. Jika tak ada EM atau Plant Booster, tak jadi masalah. Siram saja dengan air kosong.
8. Biarkan tanah selama satu minggu. Lepas satu minggu boleh tanam dengan pokok yang kita suka.
9. Media campuran yang lebih, saya simpan dalam tong sampah hitam sebagai stok. Tutup dan simpan ditempat redup. 2 minggu sekali siram dengan plant booster. Senang bila nak guna, terus ambil.
10. Pastikan tong cat dan tong sampah tadi ditebuk dibahagian bawah. Jika tak tebuk, tanah campuran kita akan rosak nanti.
Nisbah tanah campuran 2:1:1 ini sesuai untuk semua jenis tanaman kecuali nanas MD2. Untuk nanas MD2, saya guna nisbah 1:1:1.
Kelebihan guna tanah campuran
Kenapa bila berkebun dapur, saya suka guna tanah campuran berbanding media lain. Sebabnya bila guna tanah campuran, kita boleh jimat air. Tak ingat siram dua hari pun pokok steady jer. Tak layu.
Baja pun boleh jimat juga. Macam pokok di rumah saya, hanya 2 kali seminggu diberi air baja. Jimat tak?
Jamuan baik di pejabat atau untuk anak di sekolah memang sentiasa ada. Salah satu menu mudah dan jimat untuk kita buat dalam kuantiti banyak antaranya adalah roti sosej gulung.
Menu yang dikongsi oleh Fina Tuah biasanya kalau bawa akan laku keras, roti sosej gulung ini akan jadi antara yang habis dulu.
Paling best modal untuk membuatnya juga tak mahal tapi kuantiti yang dapat banyak. Menurut Fina modal tak sampai pun RM20 untuk 40 ketul roti sosej. Jadi lepas ni kalau ada jamuan sekolah anak boleh buat ya.
Cara buat roti sosej gulung
Bahan-bahan
1 pek – roti keping Gardenia saiz besar
2 pakej sosej
4 biji telur
Garam, serbuk perasa secukup rasa (letak dalam adunan telur)
150gm serbuk roti (breadcrumbs)
Cara membuat:
1.Alas roti dengan plastik bahagian atas dan bawah, kemudian gelek atau penyet roti guna roller (saya guna botol sos cili saja). Tujuannya supaya roti tak melekat, mudah nak angkat. Roti kena penyet supaya masa goreng nanti tak serap minyak banyak sangat.
2.Sapu adunan telur hujung roti sebagai gam untuk lekatkan gulungan roti.
3.Dah siap gulung.
4. Bancuh telur bersama dengan garam dan serbuk perasa. Roti dipotong dua, kemudian golek dalam adunan telur.
5. Seterusnya golek pula dalam serbuk roti dan boleh terus goreng dalam minyak panas, api sederhana, sampai golden brown. Jangan goreng lama, sebab roti mudah garing.
Untuk kuantiti bahan ini dapat 40 biji roti sosej gulung.