Kebanyakan kita akan ada koleksi kasut putih. Memang senang dikenakan dengan apa jua pakaian tapi masalahnya ia cepat kotor terutama sekali bahagian tepi kasut. Kotoran di bahagian ini pula seakan melekat sukar dihilangkan.
Bagi membersihkan kasut atau sneakers putih sebenarnya ada cara tertentu yang perlu dipraktikkan, barulah kotorannya hilang. Salah satunya menggunakan cuka dan juga baking powder. Kaedah yang dikongsi oleh @mader
ini, kasut tak perlu dibasuh guna air pun dan lebih mudah.Saya nak kongsi sikit macam mana nak putihkan semula kasut putih korang yang ada kotoran hitam degil dengan menggunakan dua bahan yang ada di dapur. 99% berjaya sebab saya pun mempraktikkannya.
1. Sediakan cuka makan dan baking powder. Campurkan satu sudu cuka makan bersama dua sudu baking powder dalam satu bekas.
2. Kacau sebati bahan ini kemudian gosok pada bahagian kasut yang ada kotoran. Boleh guna berus gigi dan berus sampai kotoran hilang.
3. Bila kesan kotoran hitam dah hilang, jangan cuci dengan air sebaliknya cuma lap menggunakan tisu.
Inilah hasilnya sebelum dan selepas.
Selamat mencuba.
Sumber: @mader