Banyak bilik air di kediaman sekarang menggunakan panel kaca. Masalah yang selalu berlaku, panel kaca ini akan meninggalkan water stains atau kesan bertompok-tompok yang sukar dibersihkan.
Walau dah disimbah air dan dilap dengan pencuci ia tetap akan kelihatan hingga nampak sedikit kotor.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Lina Lyna yang sebelum pernah bekerja sebagai housekeeping hotel.
Ads
Caranya mudah dan berkesan, hanya guna sabun kuning atau sabun cap kapak banyak dijual di kedai.
Caranya;
Ads
1.Potong sabun kuning dan letak dalam bekas, tuang air panas. Kacau sampai hancur.
2. Biar sejuk, ia akan jadi likat seakan berlendir. Kemudian ambil sabun tadi dan gosok guna berus sabut.
Ads
3. Bilas dan hasilnya confirm bersih berkilat macam tiada cermin. Cara ini saya buat semasa jadi housekeeping di hotel. Murah dan mudah.
INFO: Sabun kuning ini asalnya keras, jadi bila direndam dengan air panas ia lebih mudah digunakan.
Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang Utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang di luar sana belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Bila beli stok lauk mentah baik ayam, daging, ikan, sotong dan udang dalam kuantiti banyak selalu jadi masalah untuk kita simpan dalam freezer. Bila masuk dalam bekas plastik ruang penuh bersumbat kadang-kadang tak muat.
Kalau biasa hadapi masalah ini setiap kali beli lauk, boleh tukar cara simpan bahan mentah ini ikut cara yang dikongsi oleh Firda Ashaary.
Tak perlu guna bekas bertutup, guna plastik ziplock lagi mudah
Tip ini kata Firda diambil daripada adik jirannya. Katanya selama ini selepas siap cuci dan potong lauk mentah, dia akan mengasingkannya ikut kuantiti sekali masak dan simpan bekas bertutup.
Rupanya cara untuk jimat ruang dalam freezer dan mudah untuk defrost adalah menyimpan semua lauk ini dalam plastik ziplock.
Caranya, simpan lauk mentah yang dibersihkan dalam plastik ziplock ikut portion dan susun dalam freezer termasuk di rak tepi. Boleh guna ziplock jenis memanjang.
Cara defrost lagi mudah dan manis lauk kekal
Bila nak defrost, ambil plastik ini rendam terus dalam air. Tak perlu keluarkan lauk di dalamnya.
Cara ini proses defrost lebih cepat selain itu rasa manis lauk termasuk daging tak hilang kerana lauk masih kekal dalam plastik waktu direndam dalam air.
Walaupun tak mengandung tapi kita selalu saja teringin atau mengidam nak makan macam-macam sampai ada yang salah sangka kita berbadan dua.
Hakikatnya keinginan ini sebenarnya adalah petanda bahawa tubuh kekurangan sesuatu nutrisi dan meminta ia dipenuhi.
1. Asam
Jika tubuh sedang kekurangan vitamin C, kita mungkin akan terdorong untuk makan mangga atau buah-buahan sitrus kerana ia mengandungi banyak khasiat ini.
Atau boleh jadi buah-buahan lain yang mengandung vitamin C atau yang sebenarnya menjadi kegemaran seseorang. Tapi elakkan makan buah-buahan jeruk kerana ia tidak elok untuk kesihatan.
2. Coklat
Walaupun dah makan berat tapi tiba-tiba teringin sangat nak makan coklat. Ini petandanya tubuh kekurangan magnesium.
Makanan alternatif yang elok diambil selain coklat adalah kekacang dan biji- bijian seperti kuaci, kacang badam, pistachio, dan buah-buahan segar.
3. Gula-gula
Tiba-tiba rasa macam budak-budak bila teringin nak makan lolipop, gula-gula, dan sebagainya. Ia petanda tubuh sedang kekurangan zat kromium, karbon, fosforus, sulfur
Gula-gula memang tidak elok untuk diambil kerap jadi makanan yang sepatutnya diambil adalah brokoli, anggur, keju, ikan, telur, susu, bayam, kentang, dan kekacang.
4. Kopi teh
Kalau anda asyik teringin minum kopi atau teh ia mungkin menandakan tubuh kekurangan: fosforus, sulfur, natrium klorida (garam), zat besi.
Tiada masalah tapi pastikan anda tidak mengambilnya lebih dari dua cawan sehari. Tapi sebaiknya anda ambil makanan seperti daging, ayam, ikan, telur kuning, hati, tauhu, tempe, kacang, bawang putih, cuka epal, rumpai laut, sayuran hijau, ceri hitam.
5. Air gas
Walaupun tak elok diamalkan tapi entah kenapa ada hari kita akan teringin nak minum air bikarbonat ini. Puncanya mungkin kerana tubuh ada kekurangan zat besi, mangan, dan kalsium.
Daripada minum air gas lebih elok mengambil jus nenas, jus delima, danair sejuk yang diperah limau nipis atau lemon. Sebagai snek, anda boleh mengambil sumber kekacang seperti ‘almond’, ‘walnut’, dan ‘pecan’.