Makan

Cara Betul Celur Bihun Supaya Tak Hancur & Tahan Lama, Tak Berlendir

Share

Bulan Syawal ini ramai yang akan menyediakan menu bihun sup untuk menjamu tetamu. Proses utama selain buat sup adalah mencelur bihun.

Tapi ada juga terjadi selepas dicelur bihun hancur dan tak tahan lama. Malah jadi berlendir. Ini boleh terjadi jika bihun dicelur dengan kaedah yang tidak betul.

Untuk celur bihun jangan terus rendam dengan air panas. Ada tekniknya, caranya dikongsi oleh Pak Man yang juga seorang pengusaha restoren melalui akaun TikTok beliau.

Cara betul celur bihun supaya tak hancur dan berlendir

1. Terlebih dahulu rendam bihun dengan air paip dulu selama 20 minit. Kemudian tos.

2. Kemudian sediakan besen dan masukkan kunyit jika buat bihun sup utara.

3. Selepas itu tuang air panas yang baru mendidih, dan masukkan bihun yang direndam tadi.

4. Kemudian kacau-kacau hingga bihun nampak kembang.

5. Buang air panas tadi dan tos hingga bihun betul-betul kering. Jangan ada air yang bertakung dalam bihun tadi.

Cara ini barulah bihun tahan lama, tak berlendir dan tak hancur.

@pakman3590 Membalas kepada @queen cara celur bihun#bihunsuputara #resepipakman #tip #foodtrick ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Published by
VK