Makan

Cara Betul Goreng Roti Canai Frozen, Jangan Terus Masuk Kuali. Kena Rendam Dulu

Share

Roti canai frozen memang antara stok makanan sejuk beku yang selalu ada dalam peti ais kita. Selalunya bila terasa nak makan, kita ambil dan terus goreng atas kuali. Rupanya cara kita selama ini tak betul.

Menurut Abang Terbang pengusaha canai selama 20 tahun, untuk menggoreng roti canai frozen ini ada caranya dan sebaiknya jangan terus digoreng atas kuali jika mahu hasil roti canai yang lembut seperti baru dimasak.

Cara betul goreng roti canai frozen

“Biasanya bila nak masak roti canai frozen ita terus keluarkan dari peti ais dan goreng atas kuali.

“Tapi cara yang sebetulnya adalah kita kena rendam atau celupkan roti canai frozen ini terlebih dahulu dalam air. Kemudian barulah digoreng atas kuali tanpa meletakkan minyak terlebih dahulu.

“Jika kita terus goreng dalam minyak, hasilnya roti canai jadi garing macam biskut dan tak lembut.

“Berbeza kalau masak dengan air, roti canai akan jadi lembut luar dan dalam. Bila dah hampir barulah letakkan sedikit minyak.

Sumber: Abang Terbang

IKLAN