Salah satu cara terbaik untuk merawat tanah yang kurang subur atau mahu meningkatkan kesuburan tanah bagi bercucuk tanam adalah dengan menggunakan dolomite.
Turut dikenali sebagai baja kapur semenjak dahulu lagi ia memang telah digunakan secara meluas sebagai perawat tanah atau ‘soil confitioner’.
Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus di dalamnya akan memperbaiki pH tanah sehingga optimum dan ia dikatakan bahan terbaik digunakan dalam merawat tanah dengan kos yang murah namun berkesan.
Bukan saja untuk kesuburan tanah, dolomite juga dapat meningkatkan zat terbaik untuk semua jenis tanaman sama ada pokok buah, sayuran atau pun tanaman hiasan.
Cuma bagi memastikan tanaman mendapat zat yang terbaik ini zat cara penggunaan dolomite dan sukatannya perlu betul. Dikongsi oleh Baja Taiping ini panduan yang boleh diikuti.
Ads
Cara dan sukatan betul menggunakan dolomite
Cara menggunakan dolomite ini ada 2 teknik iaitu
-Tanam
-Tabur
Langkah 1
Korek tanah dan jadikan seperti longkang pada bahagian sekitar pangkal pokok dengan jarak
– 1 jengkal (sekiranya pokok masih kecil)
– 2 jengkal (sekiranya pokok dewasa)
Jarak ini bertujuan untuk tidak merosakkan sistem akar tanaman disebabkan kesan terkena cangkul kerana akar yang rosak akan menjejaskan tanaman.
Ads
Langkah 2
Tabur dolomite dalam longkang yang dibuat dengan kuantiti berikut;
-Anak benih kurang 1 jengkal guna sekitar 2-3 sudu besar
-Anak pokok tinggi 1-3 kaki gunakan antara 750g – 1kg
-Pokok sederhana tinggi 4-6 kaki gunakan sekitar 1.5 – 2 kg
-Pokok matang/dewasa melebihi 10 kaki (guna sekitar 3kg)
Langkah 3
Tutup semula longkang dengan tanah, jadikan seperti bukit kecil. Ia bertujuan untuk memastikan akar tanaman berada di dalam tanah.
Kemudian taburkan lagi sedikit dolomite pada busut tersebut untuk menambah baik struktur tanah pada bahagian atas dan menghalang serangga perosak seperti anai-anai, semut, ulat bulu.
Ads
Langkah 4
Siram air sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk semua pokok atau tanaman yang menggunakan dolomite. Selain memastikan kelembapan cukup ia juga mengaktifkan segala kandungan nutrien pada tanah.
Wanita yang cantik dalam erti kata sebenar adalah yang kelihatan menawan walau pun tanpa mekap. Ini yang dikatakan cantik semula jadi.
Biasanya wanita yang punya kecantikkan ini punya lima ciri berikut. Jadi kalau anda ada kebanyakan dari ciri ini pada wajah, bolehlah nak perasan cantik.
1. Lesung pipit
Percaya atau tidak kebanyakan wanita yang memiliki lesung pipit di pipi adalah seorang cantik. Bukan itu saja dia juga kelihatan manis apatah lagi bila tersenyum. Tengok saja Wawa Zainal.
2. Bulu kening tebal
Sama seperti bulu mata lentik, ramai yang mahukan alis tebal hingga menggunakan celak agar tampak lebih gelap. Tak caya tengok Elfira Loy, dia cantikkan.
3. Dagu terbelah
Ini adalah satu kecacatan yang membuatkan seseorang itu nampak cantik. Sewaktu tersenyum pemilik dagu terbelah ini akan dilihat makin manis dan hensem bagi lelaki. Datuk Siti Nurhaliza salah seorang yang memiliki dagu sebegini.
4. Gigi tak tersusun
Tak sempurna tapi pemiliknya akan kelihatan cukup manis bila tersenyum. Malah mereka juga kelihatan lebih muda. Ingat tak penyanyi Mazuin Hamzah.
5. Bulu mata lentik
Sebab itulah ramai yang sanggup memakai bulu mata palsu dan juga terciptanya maskara. Ia akan membuatkan wanita nampak cantik.
Gam gajah melekat pada jari selepas menggunakan gam gajah atau superglue biasa terjadi. Ia menimbulkan ketidakselesaan pada jari.
Kesan gam ini pula susah nak tanggal walaupun kita cuci berkali-kali, kadang-kadang melekat hingga 2-3 hari pada jari. Sebenarnya apa cara yang boleh kita guna untuk tanggalkan gam gajah yang kena pada tangan ini?
Menurut ahli kimia Fatimah Salim cara untuk tanggalkan gam ini mudah saja, cuma guna garam.
Cara tanggalkan gam gajah bila kena tangan
Cuma guna garam untuk tanggalkan gam
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggunakan garam. Caranya;
Gosok garam pada pada bahagian yang terkena.
Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering.
Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Kenapa garam? Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan.
Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
ASAL USUL
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya.
Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Seronok tengok hasil kunyit yang ditanam oleh Razak Adom ini. Bersusun-susun isinya, memang puas hati.
Lagi menarik, hasil kunyit yang banyak ini ditanam dalam tayar saja. Tak perlu beli bekas khas pun, cuma guna barang terpakai. Berikut adalah perkongsian beliau.
Hasil tanam kunyit dalam tayar
Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah, inilah hasilnya…
Tayar saiz 14. Potong bahagian tepi tayar dengan pisau dapur. Bahagian tepi tayar tiada dawai, tapi pisau mesti cukup tajam. Bila dah potong terbalikkan bahagian luar ke dalam.
2. Isi tayar dengan media, gaul baja tahi kambing, tanah bakar, pasir sekali dan masukkan dalam tayar. Kemudian bolehlah semai benih kunyit. Siram.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...