Salah satu cara terbaik untuk merawat tanah yang kurang subur atau mahu meningkatkan kesuburan tanah bagi bercucuk tanam adalah dengan menggunakan dolomite.
Turut dikenali sebagai baja kapur semenjak dahulu lagi ia memang telah digunakan secara meluas sebagai perawat tanah atau ‘soil confitioner’.
Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus di dalamnya akan memperbaiki pH tanah sehingga optimum dan ia dikatakan bahan terbaik digunakan dalam merawat tanah dengan kos yang murah namun berkesan.
Bukan saja untuk kesuburan tanah, dolomite juga dapat meningkatkan zat terbaik untuk semua jenis tanaman sama ada pokok buah, sayuran atau pun tanaman hiasan.
Cuma bagi memastikan tanaman mendapat zat yang terbaik ini zat cara penggunaan dolomite dan sukatannya perlu betul. Dikongsi oleh Baja Taiping ini panduan yang boleh diikuti.
Cara menggunakan dolomite ini ada 2 teknik iaitu
-Tanam
-Tabur
Langkah 1
Korek tanah dan jadikan seperti longkang pada bahagian sekitar pangkal pokok dengan jarak
– 1 jengkal (sekiranya pokok masih kecil)
– 2 jengkal (sekiranya pokok dewasa)
Jarak ini bertujuan untuk tidak merosakkan sistem akar tanaman disebabkan kesan terkena cangkul kerana akar yang rosak akan menjejaskan tanaman.
Langkah 2
Tabur dolomite dalam longkang yang dibuat dengan kuantiti berikut;
-Anak benih kurang 1 jengkal guna sekitar 2-3 sudu besar
-Anak pokok tinggi 1-3 kaki gunakan antara 750g – 1kg
-Pokok sederhana tinggi 4-6 kaki gunakan sekitar 1.5 – 2 kg
-Pokok matang/dewasa melebihi 10 kaki (guna sekitar 3kg)
Langkah 3
Tutup semula longkang dengan tanah, jadikan seperti bukit kecil. Ia bertujuan untuk memastikan akar tanaman berada di dalam tanah.
Kemudian taburkan lagi sedikit dolomite pada busut tersebut untuk menambah baik struktur tanah pada bahagian atas dan menghalang serangga perosak seperti anai-anai, semut, ulat bulu.
Langkah 4
Siram air sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk semua pokok atau tanaman yang menggunakan dolomite. Selain memastikan kelembapan cukup ia juga mengaktifkan segala kandungan nutrien pada tanah.
Semoga bermanfaat
Sumber: Baja Taiping
Nak beli dolomite di Shopee boleh klik SINI