Bila anak demam tak kebah-kebah kita mula akan minta petua atau tip dari rakan untuk merawatnya. Selalunya macam-macam petua yang diberi.

Tapi antara yang biasa kita dengar adalah bila anak demam kita kena mandikan anak dengan air sejuk! Namun ada juga yang beri petua jangan mandikan anak, cuma lap saja dengan tuala basah.

Ads

Mana satu yang betul ni? Penjelasan dari Doc Abdul Rahim Nor ini sangat membantu.

Bertindaklah dengan ilmu

” Doc Boleh tak anak saya mandi ketika demam?”

Soalan di atas banyak disoal pesakit ketika doc merawat pesakit di klinik. Doc rasa tanggungjawab memberi penjelasan di bawah supaya ibu bapa pandai jaga anak ketika anak mereka demam. Harap jangan pengaruh orang sekeliling, semoga anda semua bertindak dengan ada ilmu dan amalkan cara yang betul!

Ads

Apa perlu buat bila anak demam?

Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius, iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu.

Itulah kita sebagai ibu bapa relaks saja jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu beri ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

Ads

1. Guna tuala basah

  • Gunakan kain tuala kecil yang dibasahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tepid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ini membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori & mudahkan mengeluarkan panas dari dlm tubuh. Kalau boleh cuba cara berikut:

2. Kalau boleh cuba…

  • Jangan menggunakan air sejuk ais, atau ketul ais sebab ia bukannya menurunkan suhu tubuh tapi meningkatkan lagi suhu badan, kerana air yg dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.
  • Bila anak demam ada yg suruh mandikan anak dgn air sejuk ais. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Jika kita emak ayah demam cuba terus mandi air sejuk, pijak lantai bilik air pun dah menggeletar inikan pula mandi air sejuk.
  • Kalau periuk yang panas jika dibasuh akan berasap. Kita biasanya akan biar periuk sejuk dulu kan? Kalau nak gunakan air ais atau ketul ais dibolehkan tapi kesian anak menangis kesejukkan dengan tiba-tiba. Anda boleh pilih yg mana sesuai dengan anda.

Cara Betul Mandikan Anak Yang Demam, Penting Elak Mandi Air Sejuk!

  • Hindari menyelimuti ai Comel yg demam atau memakaikan baju yg tebal spt jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar yg dpt menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke normal.
  • Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak spt peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!
  • Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yg panas boleh tapi air yg digunakan harus air yg suam atau air paip. Bukan air sejuk ais. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.
  • Anak tak perlu makan ubat jika demam tapi boleh main. Hanya jerlum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 °C.
  • Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh bayi atau kanak-kanak tak boleh lawan. Maka segeralah berjumpa dengan doktor.Ketika ini antibiotik mungkin diperlukan.

Sumber: Doc Abdul Rahim Nor

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI