Ramai yang tanam pokok cili di rumah dan bila nak petik, ambil gunting dan potong separuh tangkai.
Memang senang tapi sebenarnya ini cara salah tuai cili. Untuk petik cili dari pokok ada tekniknya. Ia penting dipraktikkan supaya pokok cili mudah berbunga dan berbuah kembali dan juga untuk pastikan buah cili tahan lama.
Caranya dikongsi oleh Salleh Mohammad yang juga pengusaha kebun pelbagai jenis sayuran.
Cara betul petik buah cili dari pokok
1. Jangan potong separuh tangkai guna gunting untuk ambil cili. Cara petik cili yang betul adalah dengan memetik sekali tangkainya supaya tapak tangkai tadi akan berbunga semula.
Ads
2. Jika potong di tengah tangkai, tapak tadi akan ambil masa untuk berbunga kerana perlu menunggu tangkai cili yang tertinggal luruh.
Petik sekali tangkainya seperti gambar di bawah.
Ads
3. Teknik mudah untuk petik cili guna jari, pegang pangkal tangkai cili kemudian lipat ke bawah. Memang mudah tanggal.
Ads
4. Selain itu jangan petik cili ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana cili yang basah akan mudah busuk dan tak tahan lama. Petik ketika buah cili dan tangkainya dalam keadaan kering.
Sedapnya dapat makan ketam pedas bercili atau spicy chilli crab, tak perlu nasi ratah macam tu saja lagi syok.
Minggu ni minggu gaji jadi bolehlah kalau nak hidang menu istimewa ini di rumah.
Nak makan di restoren harga hidangan ini memang mahal, makan pun tak puas jadi kalau nak jimat masak saja sendiri di rumah.
Caranya boleh ikut perkongsian Azlina Ina, bakers tersohor ini. Katanya ini cara yang paling ringkas tapi hasilnya ‘sumpah sedap’.
Cara masak spicy chilli crab yang simple tapi sumpah sedap
Bahan-bahan
1 kg ketam
– Cuci bersih ketam dan rebus dengan sedikit air
– Tambah sekeping asam keping dan sedikit garam. Tutup periuk, bila ketam tukar warna merah tutup api.
-Kenapa rebus sekejap? Untuk pastikan bahagian dalam ketam masak. Manis ketam takkan hilang sebab air rebusan akan digunakan semula nanti.
Bahan A (cincang halus)
1 labu bawang besar bombay
1 inci halia
3-4 ulas bawang putih
Cili padi -ikut kepedasan
(Cencang halus semua bahan di atas
3-4 sb cili kering kisar (jika suka, lagi sedap)
Bahan B
Sos 3 sekawan
8-9 sb sos cili
5 sb sos tomato
3 sb sos tiram
Bahan C
Tomato -sebiji cincang
Bawang holand – hiris
Cili padi (untuk hiasan)
Cara membuat:
1. Tumis bahan A sampai naik bau dan wangi.
2. Masukkan bahan B dan air rebusan ketam tadi. Tambah juga 2 sudu besar gula (untuk rasa sedikit manis) bersama garam dan perasa.
3. Masukkan bahan C. Waktu ini gunakan api besar. Kacau sebati dan masukkan ketam. Gaul rata sampai bahan sos menyelaputi ketam.
4. Bila ketam agak-agak nak masak, boleh perah limau kasturi atau limau nipis. Kacau. Kemudian boleh angkat dan hidang.
Bila beli barang seperti kasut, barang elektrik dan sebagai kita akan dapat sekali uncang kecil gel silica ini. Ia berfungsi untuk menyerap kelembapan supaya barang yang dibeli tidak rosak.
Bila dapat gel silica ini jangan buang sebab banyak gunanya di rumah terutama untuk barang-barang yang kita simpan, jarang guna.
Barang kemas kekal berkilat
Letak gel silica ini dalam kitak barang kemas untuk supaya akseseori sentiasa berkilat. Gel ini akan mengelakkan barang kemas ynag kita simpan lembap yang boleh membuatkan barang kedam dan tidak bersinar.
2. Letak dalam kasut sekolah supaya tak berbau
Kalau selalu bersukan letak gel silica ini dalam kasut sukan. Ia akan menyerap kelembapan dan penuh yang boleh menyebabkan bau busuk . Sekali gus hapuskan bakteria.
3. Masukkan dalam kotak gambar lama agar tak rosak
Jika di rumah ada album gambar lama masukkan gel silica ini dalam kotak album. Supaya nanti gambar-gambar dalam album tidak bercapuk, berkulat atau melekat pada plastik album hingga menyebabkan kerosakan. Sayang kalau gambar lama ni rosak.
4. Simpan bersama dokumen penting
Perkara yang sama jika kita menyimpan dokumen lama seperti surat beranak, sijil, atau bil yang penting. Letak sekali dalam bekas tempat menyimpan dokumen ini supaya tak lapuk dan rosak.
5. Berguna untuk telefon masuk air
Gel silica ini juga berguna untuk keringkan handphone yang terjatuh dalam air. Caranya lap kering telefon kemudian ambil plastik kedap udara masukkan telefon dan gel silica dalam plastik tadi. Biarkan selama 5-6 hari agar ia betul-betul kering. Kemudian cuba buka telefon tadi.
6. Letak sekali dalam baju yang jarang kita guna
Kita selalu ada baju mahal yang hanya kita pakai untuk majlis tertentu. Untuk simpan baju begini sebaiknya letak sekali gel silica dalamnya. Letak dalam poket atau penyangkut baju supaya baju tak berbau dan tahan lama.
7. Elak pisau cukur berkarat
Biasanya alat pencukur kita letak dalam bilik air akan cepat berkarat disebabkan kelembapan. Selepas ini kalau nak simpan juga alat pencukur ini dalam bilik air, letak dalam plastik kedap udara bersama dengan gel silica untuk pastikan ia kering.
8. Supaya bilik tidur tak berbau
Ada masa bilik tidur kita akan berbau hingga menyebabkan kita rasa tak best duduk dalam bilik. Kalau ada bau kurang menyenangkan ini, ambil gel silica ini keluarkan dari uncangnya dan masuk dalam bekas kecil.
Titiskan minyak pati yang kita suka seperti lavender. Hasilnya bilik akan berbau segar berpanjangan. Tapi pastikan letak di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak mempunyai spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.
Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.
Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.
Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul. Ini petanda nasi goreng anda telah pun beracun!
Cara Cegah nasi goreng beracun!
Sebaiknya, terus makan selepas nasi dimasak
Simpan segera dalam peti sejuk dalam tempoh 1 jam selepas dimasak jika ingin simpan nasi
Elak menyimpan nasi dalam peti sejuk melebihi 1 hari