
Hidangan jantung pisang memang enak sama ada dibuat gulai atau kerabu. Tapi paling senang adalah jantung pisang rebus. Ringkas tapi sedap terutama bila cicah dengan sambal belacan.
Cuma masalah bila rebus jantung pisang ini sesudah siap ditos, akan nampak berbirat hitam. Kebiasaannya inilah yang akan berlaku.
Supaya jantung pisang yang direbus hasilnya cantik tanpa kesan hitam ini ada cara yang boleh dilakukan.
Tip rebus jantung pisang supaya hasilnya cantik tanpa kesan birat hitam
1. Didihkan air
2. Masukkan jantung pisang (tak perlu belah)
3. Tabur garam
4. Tutup periuk
5. Rebus selama 5 @ 10 minit
6. Toskan dan barulah dibelah. Hasilnya jantung pisang takkan berbirat hitam.
Sumber: Razilah Said
Ramai Tak Tahu Sos Tiram Rupanya Ada 5 Jenis, Boleh Ikut Panduan Dari Chef Ini Sebelum Beli

Selain sos cili, tomato, sos tiram antara yang selalu kita beli untuk kegunaan dalam masakan.
Selalu waktu membeli selain daripada harga kita akan pilih berdasarkan jenama tanpa menyedari sebenarnya sos tiram ini sebenarnya ada beberapa kategori yang berbeza.
Menurut Chef Amer dalam satu perkongsiannya, sos tiram yang dijual di pasaran ada 5 jenis. Sebaiknya sebelum beli kena baca label dengan teliti. Tapi jika nak mudah boleh baca perkongsian beliau tentang jenis sos tiram ini.
Sos tiram ada 5 jenis, Chef Amer kongsi cara pilih sebelum beli
Masa saya beli Sos Tiram di NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu. Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya.
Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best. Aikkk… sah ! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
– Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram
– Rasa tiram yang sebenar
– Jenama Panda Lee Kum Kee
2. Sos Perisa Tiram
– Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
– Rasa tiram yang ‘mild’
– Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
– Kandungan ekstrak tiram 40%
– Rasa tiram yang sangat padu
– Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
– Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
– Sebab itu sesuai untuk Vegetarian
– Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
– Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
– Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
– Jenama Puteri, Emos, HTH
Haaa….dah tahu sekarang nak beli sos tiram yang mana ? Dah kandungannya berbeza, tentulah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.
Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal ya. Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil saja.
Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi.
Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.
Semoga bermanfaat
Sumber: Chef Amer
Cara Tentukan Telur Segar Atau Busuk, Rendam Dalam Air!

Walaupun baru beli telur sepapan tapi tak semua 30 biji telur ini dalam keadaan yang elok.
Selalu terjadi telur yang baru dibeli ini ada yang busuk. Jadi bagaimana nak tentukan dalam banyak telur ini mana satu yang elok.
Dikongsi oleh @emilyxlevi cara paling mudah adalah dengan merendam telur dalam air. Ini caranya;
1. Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
2. Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.
3. Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.
4. Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.
INFO
Keadaan tersebut berlaku disebabkan kadar ruang udara di dalam telur segar masih kecil.
Jika ruang udaranya semakin besar, maka telur tersebut telah kehilangan kandungan air di dalamnya.
Bagi memastikan telur boleh digunakan dalam jangka masa lama, anda digalakkan menyimpannya di dalam peti sejuk.
Dah Tutup Suis Tapi Tak Cabut Plug, Arus Elektrik Masih Mengalir. Itu Sebab Kita Perlu Cabut Plug!

Antara tip untuk menjimatkan bil elektrik yang sering kali diasarankan adalah mencabut plug barang elekterik jika tak digunakan. Tapi ramai tak tahu kenapa ia perlu dilakukan, bagi kita bila suis dimatikan dah cukup.
Hal ini kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.
Berikut adalah penjelasan @abgletriqq dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Beliau yang selalu berkongsi tip tentang barang elektrik ini menjelaskan ia perlu dilakukan kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.
“Ada sesetengah produk elektrik sebenarnya ada load current yang akan masuk walaupun kita dah tutup suis. Ia dikenali sebagai Phantom Power atau Standby Power.
“Ia akan terjadi pada barang elektrik yang ditutup suiz tapi tak cabut plug. Antara barang elektrik yang berkemungkinan terjadi Phantom Power ataupun Standy Power ini yang saya betul-betul pasti adalah mesin basuh front load.
“Sebab itu sebelum ini dalam video tip jimat elektrik saya sebelum ini, saya syorkan cabut plug mesin basuh. Load elektrik akan standby di bahagian pc board walaupun kita sudah tutup suis,” katanya.
Selanjutnya beliau menasihatkan orang ramai membiasakan amalan mencabut plug agar tidak berlaku insiden terlupa matikan suis plug khususnya sewaktu meninggalkan rumah yang dah tentu memberi kesan bil elektrik. Jika dah cabut plug kita takkan ada kejadian tak tutup suiz.
@abgletriqq Replying to @lipaskipasvvt tak semua..tapi bagus kalau kita cabut plug sebenarnya😊 #homeelectricalproducts #tipsandtricks #tips #abgletriqq #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ