Kegunaan daun bawang, daun sup, kucai dan sebagainya dalam masakan selalunya bukan dalam jumlah yang banyak.
Guna sikit saja selebihnya disimpan, kadangkala hingga berlendir atau rosak. Memang rugi terutama buat ibu-ibu yang jarang memasak.
Untuk elakkan perkara yang sama berulang bolehlah mempraktikkan petua yang dikongsi oleh Puan Naziati Abdullah ini. Caranya pun cukup mudah, potong dan bekukan.
1. Hiris daun bawang.
2. Isi dalam bekas kiub ais.
3. Tuang air, sebaiknya guna air sejuk untuk cepat beku.
4. Simpan dalam tempat beku peti sejuk. Bila mahu gunakan ambil seberapa banyak yang perlu dan terus masuk dalam masakan.
Langkah yang sama boleh juga dibuat untuk menyimpan lebihan daun sup, daun kari dan juga daun limau purut. Jadi taklah membazir!
Selamat mencuba.
Sumber: Naziati Abdullah
Cara Simpan Susu Cair Yang Dah Dibuka Supaya Tahan Sampai 3 Bulan
Banyak masakan dan minuman yang perlu menggunakan susu cair. Tapi selalu terjadi guna sikit saja selebihnya kita simpan dalam peti sejuk. Tapi tak sampai 3 hari dah masam tak boleh guna.
Sayang betul.
Selepas ini kalau ada lebihan susu cair boleh guna kaedah ini ya. Jika dipraktikan susu cair boleh bertahan sehingga 3 bulan. Baru tak membazir kan?
Berikut merupakan 5 cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan susu cair yang telah dibuka:
1. Tukar bekas kedap udara
Susu cair yang sudah dibuka jika tidak habis diguna, tukarkan ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Jika mahu digunakan dalam masa terdekat, simpan di bahagian chiller. Jika sebaliknya, simpan di bahagian sejuk beku.
2. Pastikan guna suhu betul
Pasti ramai sudah mengetahui cara ini. Pastikan peti sejuk berada pada suhu 4 darjah celcius atau lebih sejuk.
3. Cara simpan dalam peti sejuk ruang pembeku
Jika anda menyimpan susu cair di bahagian sejuk beku, susu cair boleh bertahan lebih lama.
Bila mahu diguna kembali, biarkan pada suhu bilik sehingga mencair.
4. Cara simpan susu cair – Letakkan di bahagian belakang
Sebolehnya simpan di bahagian belakang peti sejuk kerana bahagian tersebut adalah yang paling sejuk dan jauh dari makanan yang tak dimasak.
Sumber: My Resepi
Cara Hasilkan Santan Segar Yang Banyak Dari Kelapa Parut. Nak Simpan Guna Cara Ini Supaya Tahan Lama
Beli santan segar tapi sekali bukak cair sangat dan ada juga dah masam. Rugi betul. Supaya tak terkena, lagi elok kita buat sendiri. Lagi pun guna santan segar hidangan pun lagi sedap berbanding santan kotak.
Kalau nak sediakan sendiri santan segar boleh guna cara yang dikongsi oleh Afy Al Habibi ini untuk dapatkan santai yang lebih banyak dan tahan lama.
Cara buat santan segar yang lebih banyak
Ini Cikgu buat kelapa parut untuk 2 biji.
1.Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut. Dan ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik.
Tipnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.
2.Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut.Kisarlah beberapa kali secara on off.
3. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau takda ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis ini.
4. Okay inilah tip yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar. Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti.
5. Ini hampas kelapa selepas santan diperah.Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair. Iaitu ramasan dari kali kedua atau ketiga santan.
Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?
6. Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah. Ngam-ngam pekat dan cairnya.
7. Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan.Boleh buat dua tiga kali.
8. Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik. Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer.
Jimat duit kan. Tak dalah asyik terkena santan cair ‘loleh’ dan kadang masam. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.
Semoga bermanfaat
Sumber: Afy Al Habibi
Video berkait : Simpan Cili Padi Dalam Botol Supaya Tahan Lama, 4 Bulan Pun Elok Lagi
Ini Sebabnya Kita Kena Makan Kaki Ayam, Bukan Setakat Ada Kolagen Untuk Awet Muda Saja
Isi Kandungan
Toggle
Ada yang geli tapi ramai juga yang suka dengan hidangan kaki ayam. Punya isi yang lembut kalau dibuat sup, kerabu atau masak kicap memang sedap.
Bagi yang gemar makan kaki ayam, untunglah sebab makanan ini dikatakan punya banyak kolagen yang diketahui memang membantu menumbuhkan sel atau dalam erti kata lain awet muda.
Tapi betul ke? Kalau tak puas hati, ini penjelasan Dr Fatimah Salim tentang khasiat kaki ayam.
Apa itu kolagen?
Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘bersifat lekat atau menghasilkan pelekat’. Kolagen merupakan sejenis protein semulajadi yang banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang (vertebrate) termasuk manusia.
Kolagen banyak ditemui pada kulit (memberikan keanjalan), tisu penghubung seperti tendon dan ligamen (memberikan kekuatan tegangan) serta tulang rawan (memberikan fleksibiliti dan kekuatan).
Betul ke kaki ayam mengandungi kolagen?
Ya, betul. Kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih dari 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.
Elok ke tidak gelatin ini?
Elok. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.
Khasiat lain kolagen
Sembuhkan luka
Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam. Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Buang toksin
Kaki ayam yang dijadikan sup juga boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda. Tanda-tanda toksin banyak anda mungkin alami masalah sembelit. Jadi salah satu cara untuk mengeluarkannya adalah makan sup kaki ayam.
Baik untuk jantung
Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.
Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.
Walaupun ada banyak khasiat tapi kena makan berpada-pada, makan berlebihan pun ada mudaratnya.
Sumber: Fatimah Salim