Kecantikan

Cara Betul Urut Sendiri Kaki Yang Sakit & Lenguh, Ikut 8 Langkah Ini!

Share

Kaki yang lenguh sebab berdiri, berjalan waktu hujung minggu lalu memang lega betul kalau dapat diurut.

Untuk dapat kelegaan ini tak perlu pun cari tukang urut. Kita boleh lakukannya sendiri asalkan tahu teknik dan langkah urutan yang betul.

Cara urutan kaki untuk hilangkan rasa sakit dan lenguh ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan

boleh kita praktikkan di rumah.

Langkah urutan kaki yang betul

1. Sapu minyak seluruh kaki.
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan- lahan 6 kali (rujuk gambar 2) – Teknik Alternate Palm

3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali (rujuk gambar 3) – Teknik Knuckle

4. Buat putaran ke atas 6 kali (rujuk gambar 4) – Teknik Thumb Circle

5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali (rujuk gambar 5) – Teknik Thumb Gliding

6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali (rujuk gambar 6) – Teknik Thumb Gliding

7. Urut bawah ibu jari kaki (rujuk gambar 7) – Teknik Thumb Gliding

8. Tekan setiap jari jari ( rujuk gambar 8) – Teknik Static Pressure

9. Ulang dari langkah 1- 8 pada sebelah kaki lagi.
10. Lap tapak kaki atau terus pakai stoking.

Selamat mencuba semua, kalau dah mahir boleh urut untuk pasangan pulak ya!

Sumber: Sarifa Redzuan

 

Published by
VK