Kita sangka selesema biasa, tapi selepas tiga empat hari disahkan kena influenza. Ada banyak kes begini berlaku memandangkan simptom demam selesema malah Covid-19 dengan influenza ini sama saja.
Memandang wabak influenza semakin menular maka ramai yang gusar terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Adalah penting untuk kita membezakan dua masalah kesihatan ini supaya rawatan boleh diambil secepat mungkin jika disahkan mengalami influenza.
Ads
Untuk pengetahuan semua demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan, adalah simptom demam selesema biasa. Walau bagaimanapun, ia mungkin juga bukan. Sebaliknya, influenza (juga dikenali sebagai flu) berkemungkinan adalah penyebabnya.
Dua penyakit ini berkongsi simptom yang hampir sama, namun kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza. Influenza dan selesema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus.
Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza.
Ads
Selesema
Bagi demam selesema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C. Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.
Influenza
Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D. Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil. Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1. Bagaimana ingin membezakannya?
Cara untuk membezakan
Tanpa ujian makmal yang khusus, mustahil untuk membezakan antara kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom yang dialami.
Ads
Namun, secara amnya simptom influenza lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Berbeza dengan selesema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur. Beberapa perbezaan lain pula adalah:
Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
Influenza menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa.
Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom influenza.
Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam influenza.
Tanda bahaya
Awasi tanda-tanda amaran. Jika berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera kerana dikhuatiri komplikasi:
Sesak nafas.
Bibir dan kulit berwarna biru.
Ruam.
Terlalu penat sehingga tidak mampu bangun.
Mungkin bukan kedua-duanya, tetapi denggi
Demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi. Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.
Apa pun penyakit yang mungkin menjangkiti badan anda, amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Amalkan pemakanan sihat dan senaman berkala. Jangan lupa juga untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang berkesan.
Ada ramai peminat sup mamak yang pekat ni. Cicah dengan roti benggali memang sedap, nak makan dengan nasi pun boleh.
Yang pasti kalau pekena sup ini memang akan hirup sampai licin. Lepas makan tersandar kepuasan dibuatnya. Nak cuba buat sendiri tiada masalah, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Emee Sham.
Cara buat sup mamak ayam kampung yang sedap, pekat
Ada yang minta resipi sup mamak saya hari tu, jadi saya kongsikan resepinya
Bahan-bahan
Ayam kampung – potong 4 bahagian
Rempah 4 sekawan
4 paket kecil rempah sup (serbuk)
1/2 paket rempah kurma (serbuk)
1 biji tomato
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang, bawang goreng untuk hiasan
Bahan kisar
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Cili api merah
Halia
Cara membuat:
Rebus ayam kampung bersama rempah 4 sekawan. Nak guna daging lembu atau kambing pun boleh ya.
2. Bila dah mendidih masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan mereneh.
3. Seterusnya masukkan rempah sup dan rempah kurma. Kacau rata gunakan api sederhana.
4. Masukkan tomato yang dipotong dadu dan biarkan mereneh lagi. Perasakan dengan garam dan boleh terus masukkan bawang goreng, hirisan daun sup. Kacau.
5. Keluarkan ayam yang dah masak empuk tadi dan tos. Tinggalkan sup saja dalam periuk, lalu perah limau nipis.
6. Bila kepekatan sup dah cantik, rasa dah ok boleh tutup api.
7. Untuk hidang, potong kecil ayam tadi, masukkan dalam mangkuk dan tuang sup. Boleh tabur dengan bahan hiasan.
TIP: Boleh juga masukkan lobak merah ketika merebus sup, biar lobak hancur untuk memekatkan kuah sup. Selain itu sup yang pekat adalah hasil dari bawang besar yang dikisar dan rempah yang digunakan.
Ramai yang menanam pokok cili di sekitar rumah. Tapi ramai juga yang kecewa sebab pokok tak subur dan tak berbuah lebat walaupun dijaga dan dibelai dengan elok.
Jika demikian keadaan tanaman cili, mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh MieAtul Aniyah ini sekiranya mahu pokok cili rimbu dan hasil cili pun banyak.
Potong pucuk bila pokok tinggi sejengkal
Sedikit tip untuk penanam pokok cili supaya hasil yang dikeluarkan maksimum.
Boleh guna teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal.
Caranya cantas selepas anak pokok cili naik lebih kurang tinggi sejengkal dan daun dalam 7-8 helai.
Atau dengan kata lain, cantas sebelum tumbuh cabang Y. Nanti setiap cabang yg tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri untuk membiak dan merimbun.
Apabila cabang dah banyak tumbuh dan daun dah banyak, bolehlah buang daun yg di bawah setiap cabang Y.
Ia boleh dipraktikkan kepada semua jenis pokok cili. Sebaiknya cantas pada waktu pagi supaya kering luka pokok.
Pakaian putih kalau disimpan lama selalunya akan jadi kuning. Kadang kala kuning di bahagian lipatan saja.
Biasanya bila basuh guna kaedah biasa memang takkan hilang kesan kuning ini. Ia memerlukan teknik basuhan yang lain untuk memutihkannya kembali.
Antaranya adalah cara yang boleh kita lakukan adalah mengikut langkah dikongsi oleh Jason Jezi. Rendam dengan lima campuran bahan ini dalam masa 30 minit pakaian yang kuning akan kembali putih.
Bahan-bahan yang diperlukan;
Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Cecair pencuci pakaian
Caranya
1. Masukkan ubat gigi, baking soda dan cuka dalam besen. Kemudian tuang air panas dan gaul bahan tadi hingga larut.
2. Kemudian tuang pencuci baju dan kacau.
3. Masukkan pakaian yang kuning di dalam air tadi dan rendam selama 30 minit. Pastikan bahagian yang kuning terutamanya terendam.
4. Selepas 30 minit, bolehlah dibilas.
5. Hasilnya akan terus nampak, baju kuning akan kembali putih.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...