Ramai yang punya hobi bercucuk tanam di rumah. Punya seronok tengok pokok atau sayuran yang ditanam bercambah. Tapi ada juga yang dah lama tanam dan dijaga namun tak juga mengeluarkan hasil atau berbuah.
Untuk tanaman begini elok gunakan tip yang dikongsi oleh Malmisa Swak Lis Lis. Mudah saja cuma siram dan sembur tanaman yang tak berbuah ini dengan air booster yang dibancuh menggunakan MSG atau Monosodium glutamate. Selain untuk menyedapkan masakan, MSG ini juga berguna untuk tanaman ya.
Perkongsian ini dibuat selepas dia melihat hasilnya.
Air booster untuk pokok
Bukan kita saja kena booster tanaman pun sama. Saya dah cuba dan inilah hasilnya. Kelebihan air bancuhan MSG ini ialah;
– Menyubur pokok yang susah berbunga dan berbuah
– Daun sayur akan membesar dua kali ganda dari saiz asal
– Pokok membesar lebih cepat
Cara bancuhan
- Ambil 1 sudu serbuk MSG (15g)campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi.
2. Peram semalaman
4. Keesokan hari barulah boleh digunakan. Siram terus ke tanah dan sembur sedikit pada daun.
5. Siram dengan air booster ini sekali seminggu saja. Jangan terlebih siram hari-hari.
Air booster ini sesuai untuk pokok sayur dan juga bunga. Selepas seminggu baru booster buat kerja dan nampak hasilnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Malmisa Swak Lis Lis