
Air oren ini bukan air oren biasa tau tapi rasanya macam ala-ala Vitagen. Siapa saja tak suka air minuman ni kan. Dari anak sampailah yang dewasa suka.
Jadi sesuai sangat kalau buat untuk hidangan satu famili. Kalau nak cuba untuk buka puasa nanti boleh ikut perkongsian Nur Haziqah ini.
Bahan-bahan
4 sudu oren Sunquick
4 sudu susu pekat
Air 200ml
Ais
Cara membuat
- Bancuh oren Sunquick dan susu pekat dengan air panas. Waktu bancuh ini kacau laju supaya tak berkeladak.
2. Kemudian tambah air dan ais. Kemanisan boleh ikut cita rasa. Sedia dihidangkan.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Haziqah
Idea Kebun Sayur Gantung, Cuma Guna PVC & Cawan Plastik. Macam Macam Boleh Tanam

Bagi rumah yang tak banyak ruang tapi pemilik suka bercucuk tanam mungkin boleh guna idea yang dikongsi oleh Mohd Hafizan Bin Mohamad
Kebun sayur gantung guna paip PVC dan cawan plastik. Boleh ikat dan gantung dekat awning atau balkoni rumah guna tali. Ikut suka nak buat berapa tingkat.
DIY kebun sayur gantung
1. Beli PVC di hardware, saiz tak perlu besar untuk sayur berdaun, 82mm warna putih dah cukup.
Beli sekali endcap untuk saiz PVC yang sama. Kalau takde boleh buat sendiri penutup pakai bekas plastik bulat beli di kedai RM2. Kemudian gamkan dengan gam lilin.
2. Tebuk PVC guna dril penebuk. Jarak paling tepi 4 inci. Jarak antara cawan 8 inci. Tambah semua jadi 48 inci ÷ 12 = 4 kaki muat untuk 6 cup.
3. Untuk cawan boleh beli bulu mop di kedai RM2 kemudian pakai pemanas tebuk lubang kat bawah cawan. Masukkan bulu mop sebagai sumbu. Dalam cawan letak cocopeat tak perlu tanah.
4. Dalam PVC letak air baja A+B. Bancuh 30ml(A) dan 30ml(B) dengan 4 liter air biasa. Cukup-cukup untuk batang paip putih saiz 82mm panjang 4 kaki.
Sekali isi saja sampai sayur membesar, cuma kalau air baja nampak sedikit kering tambah sikit. Boleh gantung dulu PVC baru isi air baja supaya senang.
5. Kemudian boleh letak cawan berisi tanaman dalam lubang PVC yang ditebuk. Sumbu akan serap air dan bekalkan pada pokok sayur, jadi tak perlu siram.
Selain bayam boleh tanam sayur daun lain juga, sawi, salad, pudina antara yang ditanam.
Selamat mencuba
Sumber: Mohd Hafizan Bin Mohamad
Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, Jangan Beli Dalam Kategori Ini Kerana Ia Berisiko

Isi Kandungan
ToggleSelain dari memberi kediaman ramai juga yang menyimpan hasrat membeli hartanah. Baik rumah atau tanah. Sama ada tujuan sebagai aset atau diduduki, dalam keghairahan untuk beli keduanya hartanah ini kita perlu hati-hati.
Ia supaya tidak menjadi masalah kemudian hari apatah lagi ia melibatkan kewangan yang banyak. Sebagai panduan, elak dari membeli hartanah berikut yang dalam kategori berisiko. Info berguna ini dikongsi oleh peguam Allahyarham Salkukhairi Abd Sukor.
Jangan beli hartanah dalam kategori ini kerana ia berisiko
Masih ramai masyarakat kita khususnya orang Melayu yang terlibat dengan pembelian hartanah berikut walaupun telah dimaklumkan akan risikonya. Antaranya:
Masih ramai masyarakat kita khususnya orang Melayu yang terlibat dengan pembelian hartanah berikut walaupun telah dimaklumkan akan risikonya. Antaranya:
1. Beli tanah lot banglo atau tanah pertanian yang tiada geran individu.
2. Beli tanah felda / tanah GSA
3. Beli rumah sambung bayar loan pemilik
4. Beli tanah pusaka sedangkan dalam geran masih nama si mati
5. Beli rumah subsale yang mana dalam geran masih nama pemaju dan belum dipindahmilikkan kepada nama pemilik asal (penjual) dan pemaju itu pula telah “bankrup”.
6. Beli hartanah yang bukan milik pemilik sebenar
7. Beli tanah TOL
8. Beli rumah dengan pemaju yang tiada lesen pemajuan perumahan yang sah
9. Beli rumah murah di bawah skim yang pelik-pelik
10. Beli rumah lelong yang ada kaveat
Alasan kenapa ramai orang kita beli hartanah di atas adalah kerana IANYA NAMPAK MURAH walaupun hakikatnya ianya tidaklah murah mana pun.
Apalah gunanya beli murah kalau hartanah yang anda beli tersebut tidak akan menjadi milik anda pun. Bahkan anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesusahan yang memeningkan kepala anda selepas membelinya. Adakah ianya berbaloi?
Risikonya dari pelbagai sudut
Bila saya nyatakan ianya berisko, ramai yang tanya dari sudut mana yang dikatakan berisiko tersebut? Sebenarnya risiko-risko tersebut wujud dari banyak sudut. Antaranya:
1. Hartanah tersebut tiada geran individu.
Apabila tiada geran individu, bagaimanakah ianya boleh dipindahmilikkan kepada pembeli. Sedangkan dari segi perundangan, hak, kepentingan dan pemilikan seseorang terhadap sesuatu hartanah hanya diiktiraf dan dilindungi oleh undang-undang apabila ianya telah dipindahmilikkan kepada pembeli tersebut. Contohnya beli tanah lot tiada geran individu berstatus bangunan. Mustahil ianya boleh dipindahmilikkan kepada nama anda sedangkan geran individu pun belum wujud.
2. Pemilik berdaftar dalam geran bukanlah nama pemilik sebenar.
Jika pemilik berdaftar dalam geran masih nama orang lain, bagaimanakah ia boleh dipindahmilikkan kepada nama pembeli. Jika hendak dipindahmilik terpaksalah dipindahmilikkan kepada nama pemilik asal terlebih dahulu, kemudian barulah boleh dipindahmilikkan kepada nama anda. Contohnya beli tanah pusaka yang masih nama si mati, beli hartanah dalam geran bukan nama pemilik asal dan beli rumah di mana dalam geran masih nama pemaju.
3. Terdapat halangan perundangan yang menyebabkan ianya tidak boleh dipindahmilikkan kepada nama anda sebagai pembeli. Misalnya pembelian tanah TOL atau beli tanah felda / tanah GSA, di mana pindah milik tidak boleh dibuat melainkan atas kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Begitu juga dengan beli rumah lelong yang ada kaveat di mana ianya tidak dapat dipindahmilikkan kepada nama anda melainkan kaveat tersebut dibatalkan atau ditarik balik.
4. Transaksi tersebut tidak mematuhi peruntukan undang-undang atau tidak mematuhi amalan guaman hartanah yang sebenar. Misalnya, beli rumah dengan cara sambung bayar loan pemilik asal atau beli rumah dengan pemaju yang tiada lesen pemajuan perumahan yang sah atau beli rumah melalui skim perumahan yang pelik-pelik dan tidak diiktiraf oleh undang-undang atau amalan guaman hartanah yang biasa.
Semoga bermanfaat:
Sumber: Salkukhairi Abd Sukor atau kini Sakukhairi N Son
5 Simptom Microsleep, Kalau Terasa Berhentilah Supaya Tak Berlaku Kejadian Tak Diingini

Sambil memandu mata rasa nak tertutup saja. Malah ada juga yang terlelap sesaat dua. Pasti ada yang mengalami situasi ini.
Keadaan seperti ini dipanggil sebagai ‘microsleep’, di mana badan seseorang dalam keadaan ‘tidur’ buat seketika.
Bagaimana ia boleh berlaku? Ini kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat.
Microsleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ia sangat berbahaya buat kita dan penumpang kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Dalam keadaan mengantuk kita selalu paksa diri untuk memandu dan tanpa sedar kita sebenarnya sudah terlelap beberapa saat!
Biasanya keadaan ini terjadi pada waktu awal pagi dan tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.
Simptom-simptom microsleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya microsleep
Sebab utama berlakunya microsleep adalah tidur sama ada kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.
Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.
Sumber: Polis Johor