Cara Buat Air Oren Yang Rasanya Macam Vitagen

Share

Air oren ini bukan air oren biasa tau tapi rasanya macam ala-ala Vitagen. Siapa saja tak suka air minuman ni kan. Dari anak sampailah yang dewasa suka.

Jadi sesuai sangat kalau buat untuk hidangan satu famili. Kalau nak cuba untuk buka puasa nanti boleh ikut perkongsian Nur Haziqah ini.

Bahan-bahan

4 sudu oren Sunquick
4 sudu susu pekat
Air 200ml
Ais

Cara membuat

  1. Bancuh oren Sunquick dan susu pekat dengan air panas. Waktu bancuh ini kacau laju supaya tak berkeladak.

2. Kemudian tambah air dan ais. Kemanisan boleh ikut cita rasa. Sedia dihidangkan.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Haziqah

Published by
VK