Memandangkan hampir setiap hari menggunakan cili dalam masakan, ramai yang tanam pokok ini di rumah.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah selalu terkena serangan bena putih atau seranggan perosak hingga menyebabkan daunnya rosak dan luruh.
Ada pokok yang dah besar dan tak sempat berbuah lagi dah hampir mati dek serangan perosak ini. Jika pokok cili yang ditanam di rumah berdepan masalah yang sama boleh cuba atasi menggunakan semburan organik yang dikongsi oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery.
Menggunakan air rebusan bunga cengkih pokok cili yang terkena serangan perosak akhirnya pulih semula. Berikut adalah cara yang dikongsi.
Pokok cili kena serangan perosak pulih lepas sembur air bunga cengkih
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ini. Kena serangan bena dan parasit yang buat daunnya kerinting.
Terima kasih buat yang beri petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi sekarang dah berbunga dan berbuah.
Ads
Saya kongsi cara yang saya buat;
1. Ambil segenggam bunga cengkih, rebus dengan 1 liter air.
2. Rebus dalam 15-20 minit. Kemudian biarkan sejuk.
Ads
3. Esoknya masukkan dalam botol penyembur dan sembur pada pokok cili.
4. Untuk permulaan sembur 2 kali sehari pagi nselepas siram pokok.
Ads
Saya buat begini 2-3 hari saja. Selepas seminggu sembur seminggu sekali. Pastikan sembur rata pada pokok atas bawah, depan belakang.
Waktu tengah hari panas ni dapat minum air kopi ais kaw memang sedap. Dapat pula yang kopi pekat, manis dan rasa lemak sikit memang hilang dahaga. Minum segelas memang tak cukup.
Nak buat kopi kaw begini ada sukatan dan bancuhannya, dan hasilnya boleh jadi lagi sedap dari kopi yang kita minum di kafe mahal.
Jika teringin nak hirup kopi macam ni boleh cuba ikut perkongsian dari Ben Safwan ini ya.
Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.
Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Selain buat sambal atau dicampur dalam gulai, tempe goreng saja pun dah sedap. Tapi nak goreng tempe ini ada caranya, kena tahu tip yang betul. Kalau tak nanti hasilnya keras bila dah digoreng dan jadi tak sedap.
Untuk dapatkan tempe goreng yang dalamnya lembut dan sedap macam makan kacang rebus boleh guna tip yang dikongsi oleh Norizam Salina. Selain itu tip ini juga akan buat tempe jadi garing di luar. Macam nilah syok makan.
Tip goreng tempe lembut di dalam, sedap makan kacang rebus
Jika nak buat tempe goreng yang sedap, lembut dan tak keras dalamnya guna cara ini;
1. Potong tempe dan rendam air garam & kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak.
2. Rendam selama 30 minit atau satu jam kemudian boleh goreng seperti biasa.
3. Hasilnya tempe goreng akan jadi lembut di dalam, sedap dan manis rasanya macam makan kacang rebus. Cara ini juga buat tempe garing di luar, memang ralit makan.
Tip tempe goreng lagi sedap
Boleh juga tumbuk sedikit ketumbar dan bawang putih kemudian gaul dengan tempe sebelum digoreng.