Memandangkan hampir setiap hari menggunakan cili dalam masakan, ramai yang tanam pokok ini di rumah.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah selalu terkena serangan bena putih atau seranggan perosak hingga menyebabkan daunnya rosak dan luruh.
Ada pokok yang dah besar dan tak sempat berbuah lagi dah hampir mati dek serangan perosak ini. Jika pokok cili yang ditanam di rumah berdepan masalah yang sama boleh cuba atasi menggunakan semburan organik yang dikongsi oleh Khairulazani Bin Hassan
Sabery.Menggunakan air rebusan bunga cengkih pokok cili yang terkena serangan perosak akhirnya pulih semula. Berikut adalah cara yang dikongsi.
Terima kasih buat yang beri petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi sekarang dah berbunga dan berbuah.
Saya kongsi cara yang saya buat;
1. Ambil segenggam bunga cengkih, rebus dengan 1 liter air.
2. Rebus dalam 15-20 minit. Kemudian biarkan sejuk.
3. Esoknya masukkan dalam botol penyembur dan sembur pada pokok cili.
4. Untuk permulaan sembur 2 kali sehari pagi nselepas siram pokok.
Saya buat begini 2-3 hari saja. Selepas seminggu sembur seminggu sekali. Pastikan sembur rata pada pokok atas bawah, depan belakang.
Selepas itu boleh tengok perbezaannya.
Selamat mencuba
Sumber: Khairulazani Bin Hassan