Musim cuaca panas bahang ni memang syok sangat kalau dapat makan aiskrim. Lagi best kalau dapat makan banyak tanpa had.
Tapi kalau nak macam ni kenalah buat sendiri kan supaya jimat terutama kalau ada anak-anak. Bukan itu saja aiskrim homemade ini dah tentu lebih sihat. Kebersihan terjamin dan kita boleh kawal sendiri kadar gula dan bahan yang digunakan.
Cara nak buat aiskrim homade ni pun bukannya susah. Boleh ikut cara Miera Irayz Nordin
ini.Anak- suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari confim mengamuk nak aiskrim. Pening kepala mak pak nak kontrol.
Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pun terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yg sihat. Yg penting air tangan ibu yg penuh kasih sayang.
1) Kismis direndam dahulu selama sejam. Ketepikan. Dah lembut, sedia digunakan.
2) Badam disangai atau beli yg siap sedia dimakan, kemudian kisar hancur.
3) Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yg sudah ditapis air rendaman tadi. Kisar sekejap.
4) Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam pengisar ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 minit dan boleh dimasukkan badam yang siap dikisar hancur.
5) Sedia dibekukan. Enjoy.
6) Kalau disejukkan pastu minum sejuk-sejuk pon best tau. Macam smoothie gitu.
Ok, enjoy ya. Kita yang dewasa pun berebut aiskrim ni. Lemak manis.
Sumber: Miera Irayz Nordin