Macam-macam kuih moden ada sekarang tapi kuih tradisi juga yang selalu jadi pilihan hati. Antaranya apam kampung ini. Lama sungguh tak makan.
Cicah dengan kelapa parut memang sesedap rasa. Buat yang rindu nak makan jomlah kita buat sendiri. Apam kampung ini ada beberapa perisa tapi yang selalu kita makan apam pandan dan gula merah. Kalau rasa teringin nak makan boleh cuba buat sendiri ikut perkongsian Salmah Shahidan.
Cara buat apam kampung, macam-macam jenis
Apam kampung cicah dengan kelapa parut, sesekali makan memang sedap. Dengan guna resipi yang sama kita buat pelbagai jenis apam sama ada apam ros, apam pandan, apam gula Melaka, apam biasa.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 paket (11 gm) mauripan + 1 sudu kecil gula dibancuh dengan 1/2 cawan air (biar sampai yis kembang)
3/4 cawan gula putih (jika suka manis guna 1 cawan)
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit perwarna dan perisa
Kelapa parut putih
Cara membuat:
1. Rendam yis sehingga kembang dahulu baru masukkan semua bahan ke dalam bekas. Kacau hingga gula larut & sebati menggunakan whisk.
Ads
2. Kacau rata dan perap lebih kurang 1- 2 jam. Bancuhan akan naik sekali ganda atau dua kali ganda.
3. Sapu loyang 10 inci dengan minyak dahulu kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api besar untuk tempoh 1/2 jam atau 45 minit.
4. Untuk tentukan apam dah masak, boleh cucuk ngan lidi jika apam tak lekat bermakna dah masak. Sejukkan dan bolehlah dipotong. Hidang dengan kelapa parut putih yang digaul dengan garam.
Ads
Apam pandan – Jika nak perisa daun pandan kisar 7 – 10 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan pewarna hijau jika perlu.
Apam rose – Kalau nak buat apam rose, letak esen rose dalam 2 sudu kecil dan perwarna merah.
Apam gula merah – Untuk apam gula merah guna 1/2 cawan gula pasir dengan 1/2 cawan gula merah. Masak gula dengan 1 1/2 cawan air dan tapis.
Ads
Apam kuning dan ori – Jika nak buat apam kuning diraja tambah saja pewarna kuning. Untuk apam kampung ori tak perlu letak pewarna. Putih saja.
Kalau terasa nak makan pulut kuning dan yang nak makannya cuma seorang dua, boleh guna teknik ini.
Masak pulut kuning guna microwave! Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.
Masak pulut kuning guna microwave
1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.
2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.
3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.
4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.
Masukkan semula dalam microvave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.
Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.
Hidangan sotong terutama sambal sotong memang sedap. Tapi silap cara masak, sotong yang mula-mula beli besar saiznya boleh jadi kecut atau mengecil. Lagi tak best bila sotong berbau hanyir.
Supaya saiz sotong kekal sama, tak mengecut dan tak berbau hanyir boleh ikut tip yang dikongsi Zin Rose
Petua supaya sotong yang dimasak tak mengecil saiznya
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulangnya. Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong.
2. Masukkan sotong dalam periuk dan rebus bersama 4-5 keping asam keping.
3. Rebus sotong 5-8 minit kemudian tutup api dan tos.
4. Selepas masak boleh lihat hasilnya, saiz sotong kekal tak mengecut pun dan kepala sotong pun elok saja melekat pada badan sotong tadi.
Serangan lalat putih atau bena putih memang masalah biasa jika tanam pokok sayuran seperti cili, terung atau tomato.
Serangan lalat ini jika dibiarkan tanpa kawalan lama kelamaan akan daun lumpuh dari membuat fotosintesis dan akhirnya pokok akan mati.
Sebab itu jika tanam sayur kena ada kawalan dari serangga ini. Paling mudah adalah membuat sendiri racun organik dan sembuh pada pokok. Caranya dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.
Buat sendiri racun organik untuk atasi serangan lalat putih
Siapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat racun organik, hanya gunakan bahan dapur saja. Dijamin selamat kerana organik.
1. Bahan-bahan yang digunakan – 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300ml air.
2. Kisar semua bahan tadi kemudian masukkan dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar dengan kain untuk elak serangga masuk dan peram selama 24 jam.
4. Selepas 24 jam, tapis bahan peram tadi dan ambil patinya. Hampas bolehlah ditabur pada tanaman. Tuang pati tadi dan letak dalam botol. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk. Sila label untuk elak terminum.
Cara penggunaan
Masukkan 60ml pati dan campur dengan 1 liter air bersama 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
Spray time lewat petang, pukul 6 petang ke atas. Ini kerana sifat semulajadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
Tip semburan
Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...