Ayam goreng berempah ini selalu kita makan dengan nasi kukus. Tapi nak buat sebagai lauk makan dengan nasi biasa pun boleh. Cuma kena tahu cara membuatnya saja.
Nak cuba buat boleh ikut perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Aroma ayam ini bila digoreng memang buat kita rasa lapar, wangi sangat.
Cara buat ayam goreng berempah
Bahan-bahan:
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb chili flake
2 sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2 sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1 sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2 sdb tepung beras atau tepung jagung
1-2 inci halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
Cara membuat:
Ads
1. Satukan bahan dikisar dan semua bahan lain dalam satu bekas. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam (kalau nak cepat boleh terus goreng).
Ads
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam menggunakan api yang kuat.
4. Bila hampir masak, perlahankan api. Bila warna dah menarik boleh lah diangkat. Kaut sekali rempah-rempah yang telah garing. Nanti boleh makan sekali dengan nasi lagi sedap
Ads
Nota: Ayam goreng berempah kali ini tak letak lengkuas macam biasa
Masalah ramai kaum wanita ketika ini selain berat badan adalah memiliki kaki dan peha yang besar.
Bukan saja buat bentuk badan nampak tak seimbang tapi juga menyukarkan kita mencari seluar terutamanya. Semuanya ketat, tensen kan!
Selain diet, kalau nak cepat kecilkan peha kena juga buat senaman. 5 jenis senaman ini memang terbukti mampu mengecilkan peha dalam tempoh beberapa minggu saja. Cuma luangkan masa satu minit untuk setiap senaman.
1. Hip bridge
Ia bukan saja mampu mengecilkan peha tapi juga kuatkan bahagian perut, kaki dan bahagian belakang.
Baring, luruskan tangan.
Bengkokkan kaki dan angkat punggung.
2. Lunges
Kalau mahu peha dan kaki yang cantik inilah senamannya. Ia juga boleh kuatkan otot dan bantu keseimbangan. Sangat mudah, dan tak perlu tempat luas. Boleh juga melakukannya dengan dumbell.
Berdiri dengan kaki selangkah ke depan.
Turunkan tubuh anda hingga lutut kanan pada 90 darjah.
Bangun dan ulang pada kaki sebelah lagi.
3. Single leg circle
Buat sekejap saja tapi kesannya cukup besar dalam usaha mengecilkan peha.
Baring, tangan ke lantai.
Angkat kaki kanan menghala ke siling kemudian gerakkan kaki mengikut jam dan lawan jam kemudian turunkan.
Tukar kaki.
4. Leg lift and hold
Baring dan luruskan kaki
Kkemudian angkat dan tahan. Jangan angkat bahu.
Lakukan pada sebelah lagi kaki.
5. Squat
Senaman ini sangat popular dan diketahui cukup efektif untuk kecilkan peha.
Berdiri dan buka kaki.
Bengkokkan kaki seakan mencangkung. Kemudian bangun, pastikan bahagian belakang lurus bukanmembongkok.
Dah tahu senaman yang perlu untuk kecilkan peha, jangan hanya baca! Amalkan buat setiap hari, seminit setiap senaman. Untuk lebih jelas boleh ikut video ini.
Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi bukan. Yang ini bebola kek coklat cheese ilham Iedaa Jahaya untuk anak-anaknya.
Tak guna bahan mahal sebab bahan utamanya cuma biskut Marie saja bersama coklat masakan dan cream cheese. Menarikkan! Cara membuatnya pun mudah, gaul dan sejukkan. Tak perlu bakar.
Nak cuba, ini cara membuatnya.
Bebola kek coklet bercheese dari biskut Marie
Bahan-bahan:
1 paket biskut Marie – perisa coklat atau asli ikut suka
250g cream cheese Tatura
Coklat masakan Berlys – 2 cawan
Gula aising secukupnya – jika mahu manis
Cara membuat
1. Kisar halus biskut Marie.
2. Gaul biskut bersama dengan krim cheese Tatura hingga sebati menjadi doh. Jika nak lebih manis boleh tambah gula aising.
3. Ambil sedikit doh dan buat bentuk bebola hingga habis. Ketepikan sekejap, Tak perlu bakar ya.
4. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boiler.
5. Ambil bebola biskut dan golekkan dalam coklat cair supaya semua bahagian diliputi coklat.
6. Boleh juga taburkan badam yang dipanggang sekejap.
7. Selepas bebola dicelup dalam coklat cair, angkat dan letak dalam paper cup. Masukkan terus dalam peti sejuk untuk keraskan coklat.
Coklat dah keras boleh terus dimakan. Untuk kuantiti bahan di atas boleh dapat 50 biji biskut.