Kalau makan nasi restoren mamak kita mesti ambil ayam gorengnya. Sedapnya lain macam sebab itu ramai yang ketagih dan asyik repeat makan kedai mamak.
Memandangkan sekarang kita tak digalakkan keluar jadinya kita buat sendiri ikut resipi perkongsian Qhamcyahh Hidayat.
Rata-rata yang mencuba resipi ini memang mengakui ayam goreng ini sedap.
Ayam goreng mamak yang bikin ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara membuat:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.
SIAP!
Selamat mencuba!
Sumber: Qhamcyahh Hidayat
Teknik Betul Bersihkan Minyak/Kicap Yang Tumpah. Tak Perlu Sabun & Mop Cuma Guna Tepung
Tumpahan minyak, kicap atau sos di lantai antara kotoran yang paling leceh untuk dibersihkan.
Habis satu dapur perlu bersihkan kalau dibiarkan terutamanya minyak. Penat dan mood memasak pun boleh spoil. Ya lah paling tidak dua kali kena mop.
Tapi sebenarnya ramai suri rumah tak tahu ada cara yang mudah untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini.
Tak perlu ambil mop atau guna air dan sabun pun namun cukup berkesan untuk kembalikan kebersihan lantai.
Teknik bersih tumpahan guna tepung
Apa yang diperlukan cuma tepung gandum saja. Teknik ini dikongsi oleh Chef As – As Homemade. Caranya seperti berikut:
1. Sekiranya kicap, minyak, sos atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.
2. Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.
3. Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.
4. Selepas itu menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudahpun bergumpal dengan tepung.
5. Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.
6. Selepas itu boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, boleh lihat video perkongsian Chef As.
Sumber: Chef As – As Homemade
Teknik Cat Besi Outdoor Supaya Lebih Tahan Lama, Jangan Terus Tindan Dengan Cat Lama
Bab cat rumah ramai yang memilih untuk melakukannya sendiri. Setakat sapu cat saja kot, mudah.
Tapi sebenarnya untuk lebih tahan lama, kita tak hanya sapu saja. Ada teknik yang perlu dipraktikkan terutama jika mahu mengecat bahagian luar rumah.
Bagi yang mahu mengecat pagar, tangga besi di bahagian luar rumah, boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Ben Safwan.
Cara cat besi outdoor supaya tahan lama
Lama saya stop DIY PREMIUM kan, maka hujung tahun begini ambil kesempatan untuk touch up rumah. Hampir setahun duduk rumah ni, cat finishing asal developer guna dah mula tanggal.
Kalau dibiarkan boleh melarat hingga karat makan habis tangga besi ni. Dah mula terbit bunga karat di beberapa bahagian. Segelintir orang akan terus cat tindan je. Tapi itu CARA YANG SALAH walau ambil masa yang cepat.
Sebab cat baru ditindan atas lapisan cat asal yang sememangnya dah mudah terkopak. Maka takkan bertahan lama . Nanti terkopak balik. Tak berapa efektif .
Cara betul, kena buang lapisan cat lama dahulu . Ada 2 cara:
1. Guna Paint Remover
Cara ini kena buat berhati-hati, berbahaya. Pastikan anda pakai sarung tangan,cermin mata dan kasut getah. Kalau kena kulit, panas! Terus alirkan air ke bahagian kulit tanpa henti.
Guna Paint Remover cepat tapi leceh. Kena sapu bahagian demi bahagian, bersihkan bahagian itu dulu. Kalau lambat bersih ,akan jadi keras semula dan kena gosok dengan kertas pasir.
2. Guna waterjet
Pastikan air paip anda cukup tekanan atau guna tangki air. Guna waterjet dan tanggalkan cat. Kalau kena cara sangat mudah.
Langkah seterusnya
Dah setel semua, bersihkan dan saya tutup dengan plastik untuk spray.
Guna cat primer iron oxide. Cat ni juga berfungsi untuk anti rust. Brand KTH, LSC ada. Saya suka guna primer iron oxide finishing matte dulu dan baru untuk permukaan guna iron oxide gloss.
Walaupun suka matte, tapi kalau ditoreh dengan kuku pun dah nampak pada permukaan besi. Cantik tapi mudah calar. Maka sebab itu saya jadikan gloss sebagai top.
Bancuh dengan thinner dengan nisbah 1:1 kalau guna compressor seperti saya.
Bila dah siap semua,hujan tapi takde masalah. Biarkan kering dulu esok petang baru touch up balik.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ben Safwan
Cara Satukan Grup Chat Sekolah Anak Di WhatsApp & Telegram Dalam Satu Folder di Home Screen
Bagi ibu bapa yang ada anak ramai memang agak pening dengan mesej grup chat kelas anak yang ada dalam dua aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Nak cari grup chat kelas anak pun untuk lihat info terbaru satu hal. Perlu skroll satu persatu. Sebenarnya ada cara yang memudahkan kita menguruskan grup chat kelas anak ini.
Ramai tak tahu bagi pengguna telefon android kita boleh satukan grup chat kelas di WhatsApp dan Telegram dalam satu folder di home screen. Boleh asingkan folder anak darjah 1, darjah 5, tingkatan 2 macam gambar di bawah. Mudah untuk kita lihat info.
Tutorial satukan grup chat sekolah anak di WhatsApp & Telegram dalam satu folder
Caranya dikongsi oleh Puan Elita Shafee.
Ini dia tutorial bagi mereka yang ingin memudahkan cara untuk mengurus dan mengkelaskan mesej dan notifikasi tentang PDPR anak-anak anda. Kita mudahkan apa yang boleh kita mudahkan mengikut teknologi sekarang. Tidak perlu lagi pening kepala.
Sila refer gambar untuk steps mencipta folder di telefon anda.
1. Buka aplikasi WhatsApp di telefon anda.
2. Pilih group WhatsApp sekolah anak anda. Klik masuk dalam group tersebut.
3. Klik 3 titik (dots) di bahagian atas group tersebut. Cari “add shortcut” (refer gambar seterusnya).
4. Pilih “add shortcut”
5. Kemudian akan keluar menu “Add to Home Screen” untuk anda pilih. Pilih “Add”
6. Anda telah berjaya menambah short cut untuk group ke Home Screen anda jika notifikasi ini terpapar. Boleh ulangi untuk WhatsApp group yg lain.
Dah berjaya, kita tinggalkan WhatsApp dahulu, jom kita lihat bagaimana dengan group telegram pula.
Telegram
1.Klik aplikasi Telegram di telefon anda. Pilih group anak anda. Bila sudah masuk, klik header group itu.
2. Apabila sudah klik header, akan keluar macam ini. Anda akan nampak senarai ahli group. Abaikan je. Langkah seterusnya, klik 3 titik di atas (dots).
3. Menu berikut akan keluar setelah klik 3 dots itu. Pilih “Add to Home Screen”.
4. Notifikasi berikut “Add to Home Screen” akan keluar. Pilih “Add” untuk menambah group ini di home screen telefon anda.
5. Anda telah berjaya menambah ke home screen anda jika notifikasi ini keluar.
Langkah buat folder di home screen ikut kelas anak
1. Langkah seterusnya di “Home Screen”. Semua whatsapp group akan muncul/disenarai di sini.
2. Kemudian, create folder untuk mengkelaskan group mengikut kelas anak anda.
3. Pilih kelas yang berkenaan. Tekan “select” dan “create folder”.
4. Pilih nama kelas anak anda. Contoh Sekolah Rendah Azam; Sekolah Menengah Aman.
5. Langkah terakhir. Saya kelaskan folder anak saya sebegini. Dan siap. Ulang langkah yang sama untuk anak² yang lain. Jika ada notifikasi dari guru maka, anda akan mudah dapat lihat dari kelas yang mana.
Tersusun dan mudah untuk monitor kan? Cubalah bagi yang belum mencuba. Yang sudah, anda memang pengurus maklumat yang awesome! Terima kasih.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Elita Shafee