Selain sambal, lauk masak kicap memang antara yang selalu kita sediakan terutama ayam masak kicap. Sedap dan ringkas.
Tapi kalau nak ayam masak kicap jadi lagi sedap boleh cuba cara yang disediakan oleh peniaga makanan, Yayar Awang Noh. Resipi ini katanya adalah daripada arwah ibunya. Cara penyediaan memang simple saja tapi hasilnya memang terpaling sedap confirm menambah.
Cara masak ayam kicap simple dari arwah ibu
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong kecil
1 senduk cili kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1-2 biji bawang besar -dihiris bulat
Cili besar – dihiris
Musim durian dah hampir penghujung, sekarang musim cempedak pula. Buah yang satu ni kalau digoreng memang sedap dan nikmat rasanya.
Tapi harganya boleh tahan juga mahal, tambah lagi yang siap digoreng. Ada yang cecah RM1 seketul. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah.
Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya. Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
1. Perhati mata/duri kulit cempedak
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
2. Tekan kulit
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Warna kekuningan, tangkai coklat
Cempedak yang sudah masak dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
4. Bau wangi menyengat
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
5. Pilih yang lebih berat
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.
Masalah jalan berlubang atau rosak memang menyusahkan. Ia boleh menjadi penyebab kesesakan jalan dan lebih buruk menjadi punca kemalangan hingga merosakkan kenderaan malah ada yang kehilangan nyawa.
Memandangkan jalan rosak ini mungkin kita lalui setiap hari ada baiknya kita tahu cara untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan akibat jalan berlubang dan sebagainya.
Berikut adalah panduan membuat tuntutan jika berlaku kemalangan akibat jalan berlubang.
Cara buat tuntutan jika terlibat kemalangan akibat jalan berlubang
1. Ambil gambar dan video kenderaan anda dan jalan lubang untuk dijadikan bukti. Ambil juga gambar persekitaran kawasan tersebut.
2. Seterusnya, ambil juga gambar bahagian tubuh sekiranya ada sebarang kecederaan.
3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel dan lain-lain untuk tujuan klaim.
4. Buat laporan polis. Nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.
5. Semak dengan polis untuk ketahui siapa pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.
6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.
Info tambahan
Pastikan cukai jalan dan lesen masih hidup
Buka maps dan screenshot kedudukan anda di lokasi jalan berlubang dalam maps
Jalan dan siapa bertanggungjawab
-Jalan negeri atau jalan persekutuan – Kebiasaanya di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kerja Raya (KJR)
-Jalan di lebuh raya – Perlu dirujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.
-Jalan laluan di perumahan – Biasanya dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Ada yang tanam kesum tak menjadi walau dah beberapa kali cuba, tapi ada juga yang elok suburnya dan menjadi-jadi rimbunnya.
Sebenarnya nak tanam kesum kita kena faham keperluan tanaman ini, barulah hasilnya subur. Perkongsian Alin Lin boleh jadi rujukan supaya pokok kesum yang ditanam hidup subur merimbun sampai tak termakan sudahnya.
2 jenis kesum
Kesum adalah sejenis tumbuhan yang mampu hidup di dalam air tapi ia juga mampu hidup di atas tanah. Ada 2 jenis kesum sebenarnya, satu jenis kecil dan satu lagi jenis besar.
Jenis kecil memang suka tinggal di dalam air. Contoh dalam parit ia akan cepat membiak hidup subur tanpa baja. Kesum jenis besar pula sangat cantik jika di tanam atas tanah sebab kesum besar memang lebih tinggi dari kesum yg kecil.
Cari tanah yang lembap
Tanamlah kesum di kawasan atau di tanah yang lembap. Dulu-dulu mak kita tanam kesum di tepi tepi longkang. Sebab tepi longkang sejuk dan banyak air. Boleh juga tanam di tepi rumah laluan air hujan, kita panggil cucur atap.
Mana yang rumahnya keliling ada longkang laluan air hujan lagi bagus. Jika tiada cukuplah sekadar tepi rumah dimana tempat air hujan turun. Cuba korek sikit tanah ada nampak lembap tak di dalamnya jika ada dah boleh sediakan benih keratan kesum.
Tanam 3-4 batang dalam satu lubang
Bila kita jangan lah tanam sebatang-sebatang. Tanamlah sekurang-kurangnya 3 batang atau 4 dalam satu lubang. Jangan pula tanam seikat dalam satu lubang.
Siram pagi dan petang
Setelah tanam siram air pagi dan petang. Jika hujan, tak perlulah siram lagi sebab dah terkena air hujan turun.
Jangan cabut kalau nampak keratan hitam
Selepas beberapa hari antara 4 keratan yang kita tanam pasti tak semuanya hidup. Pasti ada yang mati (tapi kalau hidup semua alhamdulillah). Jangan cabut jika nampak keratan hitam. Biarkan saja dalam 10 lubang pasti ada yang jadi. Memang nampak macam kering atau mati tapi pasti ada yang jadi. Selagi keratan tak menyembah bumi selagi itu kita ada harapan.
Tanam keratan berpandukan ruasnya akar akan tumbuh pada ruas ruas tersebut. Tanamnlah dalam sikit tak mengapa. Pastikan tanam keratan kesum yang cukup tua, ia lebih senang untuk hidup.
Pokok kesum kena selalu potong baru tumbuh rimbun
Setelah pokok membesar setinggi paras lutut, pokok kesum harus dipotong. Jika tak termakan sedekah kepada jiran. Atau boleh buat 3 ke 4 peringkat, contoh minggu ini kita kerat selonggok atau senang cerita secekak.
Minggu depan potong lagi secekak, nanti nampak pokok kesum naik bertingkat-tingkat jadi taklah membazir. Jadi takdelah kita potong semua sekali gus takut esok lusa nak guna dah tiada daunnya.
Kenapa kesum perlu dipotong jika ia sudah tinggi dan mula rebah? Sebab kesum boleh mati kerana kita tak dipetik. Makin kerap kita potong makin banyak pokoknya dan nanti makin rimbun.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.