Selain sambal, lauk masak kicap memang antara yang selalu kita sediakan terutama ayam masak kicap. Sedap dan ringkas.
Tapi kalau nak ayam masak kicap jadi lagi sedap boleh cuba cara yang disediakan oleh peniaga makanan, Yayar Awang Noh. Resipi ini katanya adalah daripada arwah ibunya. Cara penyediaan memang simple saja tapi hasilnya memang terpaling sedap confirm menambah.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong kecil
1 senduk cili kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1-2 biji bawang besar -dihiris bulat
Cili besar – dihiris
Bahan ditumbuk:
2 batang serai – dihiris nipis
1 inci halia
6 ulas bawang putih
Cara membuat:
1. Ayam dipotong dicuci, digaul dengan sedikit saja garam dan kunyit. Goreng tapi terlalu garing. Ketepikan
2. Cara buat kuah kicap, tumis bahan tumbuk hingga perang, kemudian masukkan cili kisar.
3. Bila cili dah masak masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Perasakan dengan garam, bahan perasa dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili besar.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang dah telah digoreng.
Selamat mencuba.
Sumber: Yayar Awang Noh