Ayam masak merah ini memang sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi bila kita masak rasanya tak sama macam bila kita makan di kenduri.
Kalau rasa teringin nak makan ayam masak merah ala kenduri kahwin boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.
Resipi ayam masak merah cara kenduri kahwin
Bahan-bahan
Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing
Bahan dikisar:
Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji
Ads
Bahan tumis:
Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair
Cara memasak:
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.
Ads
3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.
4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
Ads
6. Dah cukup rasa dn sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.
7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.
Walaupun tiada laman tapi ramai saja yang gigih tetap bercucuk tanam di rumah menggunakan pasu. Sawi salah satu daripada sayuran yang biasa ditanam.
Cuma selalu terjadi sawi yang memang elok naik membesar cuma hasilnya kurus saja, daun pun tak lebar. Sebenarnya untuk dapatkan hasil sawi yang gemuk gemuk bila tanam dalam pasu ada caranya. Cara ini dikongsi oleh usahawan tani Azuan Abdullah. Ikut saja 7 tip ini.
Tip sawi dalam pasu jadi gemok!
Sawi antara sayur daun yang paling mudah ditanam. Tanam dalam pasu pun ia boleh jadi subur bila kena caranya. Mesti ramai yang tak tahu sebenarnya nak bagi sawi gemuk dalam pasu senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai kawan – kawan isteri minta nak beli sawi saya. Baik. Ini tipnya :
1. Pilih saiz pasu yang sesuai.
Lagi besar saiz pasu, lagi baik. Saya biasa guna pasu saiz 16 x 12 inci.
2. Guna media tanaman yang paling sesuai.
Jenis media yang kita guna akan menentukan jenis baja yang perlu kita gunakan nanti. Saya selalu guna tanah campuran sebagai media tanaman sebab ianya boleh jimatkan air dan baja.
3. Tanam dari benih yang berkualiti.
Macam saya, saya guna benih sawi giant. Saya suka sangat sawi giant ni sebab ia tak pahit, tak berbunga, boleh tahan lama dan beratnya boleh mencapai 1 kg sepokok.
4. Guna baja yang sesuai
Guna baja mengikut jenis media tanaman kita. Bila guna cocopeat atau sekam padi bakar sebagai media tanaman, kita wajib guna baja AB sahaja. Sebabnya ke 2-2 media ini kosong kandungan bajanya.
Bila kita guna tanah campuran, kita ada banyak pilihan baja untuk pokok sawi tersebut. Kita boleh guna baja sebatian NPK 15:15:15, Baja Sebatian NPK 16:16:16, Baja Organik 8:8:8:8 + Mgo, Baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro, semua jenis baja organic yang ada di pasaran dan boleh juga guna baja AB.
5. Lokasi pasu pun penting
Kedudukan pasu juga amat penting. Untuk pokok sawi hidup subur, pasu mesti diletakkan di tempat yang dapat 100% pancaran matahari. Jika cahaya tak cukup, pokok akan terbantut tumbesarannya. Orang Kelantan panggil “berit”.
6. Siraman
Siram pokok mengikut keperluan berdasarkan jenis media tanaman yang kita guna. Jika guna cocopeat atau sekam padi bakar, kekerapan siraman paling kurang 3 – 5 kali sehari. Jika kita siram kurang 3 kali, pokok akan jadi layu dan risiko pokok mati adalah sangat tinggi.
Berbeza jika guna tanah campuran, saya siram 1 kali je sehari. Kadang kadang tu, ada juga 2 hari baru siram. Alhamdulillah, setakat ni pokok ok je. Inilah salah satu kelebihan guna tanah campuran.
7. Kawalan perosak
Kawalan perosak dan penyakit dilakukan secara berkala 1 kali seminggu. Untuk tanaman di tepi rumah, disyorkan guna kawalan organic sebagai langkah pencegahan.
Saya guna bio pesticide buatan sendiri. Semasa nak sembur pada pokok sawi, bio pesticide tadi saya akan campurkan dengan cuka kayu supaya ia jadi lebih power. Hihi.
Kawan – kawan, tanam sawi dalam pasu ni sangat sangat mudah bila kita tahu caranya. Ia akan jadi lebih seronok bila pokok yang kita tanam tu besar besar dan gemuk gemuk.
Dan yang paling best, kita dapat makan sayur fresh yang 100% bebas racun kimia. Bila bila masa je boleh terus petik.
Memandangkan hampir setiap hari menggunakan cili dalam masakan, ramai yang tanam pokok ini di rumah.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah selalu terkena serangan bena putih atau seranggan perosak hingga menyebabkan daunnya rosak dan luruh.
Ada pokok yang dah besar dan tak sempat berbuah lagi dah hampir mati dek serangan perosak ini. Jika pokok cili yang ditanam di rumah berdepan masalah yang sama boleh cuba atasi menggunakan semburan organik yang dikongsi oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery.
Menggunakan air rebusan bunga cengkih pokok cili yang terkena serangan perosak akhirnya pulih semula. Berikut adalah cara yang dikongsi.
Pokok cili kena serangan perosak pulih lepas sembur air bunga cengkih
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ini. Kena serangan bena dan parasit yang buat daunnya kerinting.
Terima kasih buat yang beri petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi sekarang dah berbunga dan berbuah.
Saya kongsi cara yang saya buat;
1. Ambil segenggam bunga cengkih, rebus dengan 1 liter air.
2. Rebus dalam 15-20 minit. Kemudian biarkan sejuk.
3. Esoknya masukkan dalam botol penyembur dan sembur pada pokok cili.
4. Untuk permulaan sembur 2 kali sehari pagi nselepas siram pokok.
Saya buat begini 2-3 hari saja. Selepas seminggu sembur seminggu sekali. Pastikan sembur rata pada pokok atas bawah, depan belakang.
Air soya antara yang selalu kita beli untuk dijadikan minuman. Air ini pun memang banyak dijual di kedai.
Tapi sebenarnya air soya ini lagi sedap dibuat sendiri. Lebih segar dan lebih berkhasiat sebab tak guna pengawet. Lagi satu buat sendiri lagi jimat, modal RM 1.50 boleh dapat 2 liter air soya.