Siapa saja yang tak suka makan ayam masak merah dan lauk ini ada macam-macam cara memasaknya.
Tapi yang dikongsi oleh Chef Papa atau Nazri Mat Zain
lain dari yang lain katanya. Banyak kuah dan ada rasa rempah menjadikan ayam masak merah ini sedap sekali. Selalunya kalau makan memang tinggal tulang.1 ekor ayam – dipotong, digaul dengan garam dan kunyit
2 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawa tomato sup
1/2 tin susu cair
1 tin kecil kacang peas
1 biji bawang merah -dipotong bulat
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inchi halia
4 batang serai
2 inci lengkuas
2 Sb jintan manis
1. Ayam digoreng separuh masak. Ketepikan dulu.
2. Tumis rempah 4 sekawan Bersama bahan kisar hingga pecah minyak
3. Selepas pecah minyak masukkan cili kisar dan masak lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, tomato puri dan tomato sup. Masak hingga pecah minyak lagi.
5. Tuang susu cair, kemudian masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau.
6. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sebati. Masukkan bawang besar dipotong bersama kacang peas. Kacau lagi.
7. Tutup api dan akhir sekali tabur daun sup dan daun bawang. Siap.
Sumber: Nazri Mat Zain