Makan

Cara Buat Ayam Palembang Yang Sedap, Nampak Macam Masak Kicap Tapi Bukan. Berbaloi Cuba

Share

Anak-anak memang suka makan hidangan ayam, kalau boleh hari-hari. Tapi masalahnya kita pun dah buntu memikirkan lauk ayam apa untuk dimasak.

Kalau dah bosan buat ayam kunyit, masak merah, ayam kicap, gulai ayam boleh cuba pula buat ayam masak Palembang. Nampak seakan masak kicap tapi bukan, lebih enak. Memang berbaloi cuba.

Cara buat ayam Palembang

Bahan-bahan
1 ekor ayam

Bahan dikisar
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
5- ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari

Bahan lain
Serbuk kunyit
2-3 tangkai daun kari
1/2 cawan kicap manis
2 senduk cili kisar
2 keping besar asam keping
100ml santan
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

1. Gaul ayam dengan kunit dan garam, goreng setengah masak dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak.

3. Masukan kicap manis, jika nak lebih hitam tambah kicap pekat. Masukkan daun kari. Tumis sekejap.

4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa serta asam keping. Gaul sebati.

5. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk.Tuang santan dan biarkan mendidih.Jika kering sangat boleh masukkan air sedikit dan biar mendidih. Boleh tutup api dan hidangkan.

Sumber: Naura Aisya Aryan

Published by
VK