Ayam sambal lada antara lauk yang mudah dibuat, tapi kalau dah selalu masak mungkin rasa jemu. Bagi yang mahukan kelainan boleh cuba pula ayam sambal lada daun kesum.
Aromanya yang wangi dari daun kesum sekaligus menyedapkan rasanya. Lagi sedap jika dibuat pedas-pedas, guna cili padi.
Ayam sambal lada lain sikit, letak daun kesum
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -gaul garam kunyit dan goreng jangan garing
1-2 batang serai -diketuk
1 batang timun Jepun -buang biji dan potong kecil
2 ikat daun kesum
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa (jangan pekat)
3 kali renjis sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
3/4 cawan minyak baki goreng ayam untuk menumis
Ads
Bahan kisar kasar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
10 tangkai cili padi siam (merah)
1 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi siam (hijau)
Halia sebesar ibu jari
Cara memasak ayam sambal lada daun kesum
1. Panaskan minyak masak, masukan serai dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga hingga masak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Kkacau lagi hingga naik minyak.
Ads
3. Tuang sedikit air, biar mendidih lalu masukkan ayam dan daun kesum. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
4. Letak timun, kacau rata dan terus tutup api supaya timun masih rangup, tidak layu ketika dimakan.
Sama ada di kawasan rumah atau di sekitar tempat kita bekerja mesti akan ada kucing jalanan atau tanpa tuan. Bagi pencinta kucing melihat binatang ini mengiau minta makanan memang tak sampai hati.
Supaya kucing terbiar ini tak kelaparan, korang boleh DIY cat feeder ini dari botol air mineral ini. Cuma beli makanan kucing dan letak di supaya binatang ini sentiasa ada makanan.
Letak di tempat yang ada kucing terbiar. Nak buat untuk kucing di rumah pun boleh juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 biji botor air mineral 10 liter
Cable tie
Gam
Cara membuat
1. Ambil satu botol untuk isi makanan, tebuk bahagian bawah botol ini anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.
2. Kemudian guna satu lagi botol untuk takung makanan. Potong dan ambil bahagian bawah saja lebih kurang 4cm-5cm tinggi dari bawah.
3. Kemudian potong pula sikit di bahagian yang kita nak sambung pada botol tinggi isi makanan.
3. Boleh sambung guna cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue. Siap.
Sekarang dah tiada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana. Selamat beramal.
Berbahagialah mereka yang ada dusun durian pada waktu musim raja buah ini. Nak makan senang, boleh jual lagi.
Tapi ada juga yang menanam pokok durian tapi tak menjadi. Jadi macam mana nak buat supaya musim akan datang buahnya jadi lebat.
Anda mungkin boleh ikut petua yang dipraktikkan oleh petani Thailand yang dikongsi oleh Sifudurian. Petua ini bukan saja untuk lebatkan buah dari pokok durian tapi juga pokok buah-buahan lain.
Petua lebatkan pokok buah termasuk durian
Hari ini saya dapat satu petua bagaimana nak LEBATKAN tanaman seperti durian, limau, nangka, mangga dan lain-lain daripada seorang petani Thailand.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
2 kilo telur ayam
2 kilo Gula Perang
1 biji ragi tapai
1 botol minuman Yakult
2 kotak susu segar
2 biji air kelapa muda
Cara membuatnya:
1. Kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering. Adun semua bahan ini bersama di dalam 1 besen.
2. Peram selama 15 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Selepas 15 hari, saringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapan
3. Asingkan daun daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan sembur pada permukaan daun sekali dalam seminggu, kalau mahu kesan lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu.
Antara masalah air yang selalu berlaku di rumah adalah, air paip singki keluar perlahan sangat. Sampai nak cuci tangan pun ambil masa. Kalau kena di singki dapur tempat masak lagilah tension.
Masalah paip singki yang slow amat ini sebenarnya mudah saja nak selesaikan. Memang boleh kita baiki sendiri saja. Panduan bermanfaat ini dikongsi oleh Yan Lan.
Cara baiki air paip singki yang keluar perlahan sangat
1.Tutup dulu punca air.
2. Buka kepala paip, pusing arah lawan jam.
3. Bila buka kepala paip di dalamnya ada valve, keluarkan. Boleh lihat 3 barang dalam valve iaitu ceramic disc dan washer. Ganti valve ini. Sebaiknya bawa valve ini ke hardware sebagai sample supaya tak salah beli.
4. Kemudian buka pula bahagian muncung paip. Pusing dan keluarkan muncung paip. Nanti boleh tengok kotoran yang terkumpul akibat karat air dan juga pasir kecil.
5. Bersihkan keladak dan karat dari muncung paip tadi, kemudian pasang semula.
6. Kemudian pasang balik valve tadi ikut slot yang betul. Bahagian berkilat pastikan bersemuka.
7. Kemudian pasang balik kepala paip ikut arah jam.
Dah setel, air pun dah laju
Boleh juga tonton video yang dikongsi oleh Yan Lan.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...