Ayam sambal lada antara lauk yang mudah dibuat, tapi kalau dah selalu masak mungkin rasa jemu. Bagi yang mahukan kelainan boleh cuba pula ayam sambal lada daun kesum.
Aromanya yang wangi dari daun kesum sekaligus menyedapkan rasanya. Lagi sedap jika dibuat pedas-pedas, guna cili padi.
1/2 ekor ayam -gaul garam kunyit dan goreng jangan garing
1-2 batang serai -diketuk
1 batang timun Jepun -buang biji dan potong kecil
2 ikat daun kesum
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa (jangan pekat)
3 kali renjis sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
3/4 cawan minyak baki goreng ayam untuk menumis
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
10 tangkai cili padi siam (merah)
1 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi siam (hijau)
Halia sebesar ibu jari
1. Panaskan minyak masak, masukan serai dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga hingga masak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Kkacau lagi hingga naik minyak.
3. Tuang sedikit air, biar mendidih lalu masukkan ayam dan daun kesum. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
4. Letak timun, kacau rata dan terus tutup api supaya timun masih rangup, tidak layu ketika dimakan.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Baca Lagi: Cara Buat Ayam Sambal Bali, Buat Banyak Terus Sebab Bila Banyak Kali Panas Lagi Sedap