Comel je baby donut dan baby cakoi ni. Gebu pulak tu. Bila buat kecil begini sebenarnya lagi senang nak makan terutama buat anak-anak. Sekali atau dua kali ‘ngap’ dah setel.
Menurut Missz Amira baby donut dan cakoi yang dihasilkan ini buat saja gebu tapi lembut dan kekal begitu sampai ke malam. Memang berbaloi buat katanya tambah lagi donut sampai tak sempat salut dengan gula dah licin dimakan anak-anak.
Bagi yang teringin nak buat, boleh ikut langkah yang beliau sertakan sekali.
Selain buat sambal atau dicampur dalam gulai, tempe goreng saja pun dah sedap. Tapi nak goreng tempe ini ada caranya, kena tahu tip yang betul. Kalau tak nanti hasilnya keras bila dah digoreng dan jadi tak sedap.
Untuk dapatkan tempe goreng yang dalamnya lembut dan sedap macam makan kacang rebus boleh guna tip yang dikongsi oleh Norizam Salina. Selain itu tip ini juga akan buat tempe jadi garing di luar. Macam nilah syok makan.
Tip goreng tempe lembut di dalam, sedap makan kacang rebus
Jika nak buat tempe goreng yang sedap, lembut dan tak keras dalamnya guna cara ini;
1. Potong tempe dan rendam air garam & kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak.
2. Rendam selama 30 minit atau satu jam kemudian boleh goreng seperti biasa.
3. Hasilnya tempe goreng akan jadi lembut di dalam, sedap dan manis rasanya macam makan kacang rebus. Cara ini juga buat tempe garing di luar, memang ralit makan.
Tip tempe goreng lagi sedap
Boleh juga tumbuk sedikit ketumbar dan bawang putih kemudian gaul dengan tempe sebelum digoreng.
Supaya tanaman menjadi baik pokok sayur atau buah kita akan menekankan benih yang berkualiti, penjagaan, dan juga baja.
Tapi berbeza dengan orang tua kita dahulu. Selain perkara di atas mereka juga mengambil kira hari yang sesuai untuk bercucuk tanam. Kalau ikut cara orang tua dulu untuk tanam pokok ada hari tertentu mengikut jenis pokok.
Menurut Wadi Idris perkara ini turut masih dipraktikkan oleh ayahnya. Jelasnya orang tua dulu akan bercucuk tanam mengikut hari yang sesuai untuk jenis-jenis pokok. Berikut perkongsian beliau.
Hari yang sesuai tanam pokok ikut kalendar Islam
Abah dari dulu lagi memang kalau nak tanam pokok dia xakan tanam sebarangan hari,, dia ikut petua org lama dengan kiraan mengikut kalendar Islam. Contohnya
1 haribulan hari akar – sesuai tanam keledek, keladi, ubi kayu dan sebagainya
2 haribulan hari batang – tanam pokok seperti tebu dan serai dan seumpamanya.
3 haribulan hari daun – sawi, bayam, kangkung dan lain-lain.
4 haribulan hari buah – tanam pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, ciku dan sebagainya (ulang semula ikut haribulan)
Tuan-tuan boleh cuba tanam ikut hari yang ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang bagus. Alhamdulillah abah banyak tanaman di dusun, kebun, kebun getah, bendang, semuanya menjadi. Dulu abah juga tanam anak pokok buah buat jualan.
Harini 16 Zulkaedah jatuh hari buah jadi abah dengan mak tanam pokok pokok buah di kebun. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nikmat sihat buat abah dan mak. Keringat tua mereka tak pernah kering.Mak cakap, kami tanam ni buat anak cucu makan nanti.
Selain tumbuhan herba, ramai juga yang gemar menanam pokok bunga. Antaranya pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora.
Pokok hiasan ini memang akan menyerikan laman jika subur dan mengeluarkan bunga berwarna-warni.
Walau bagaimanapun jika tidak dijaga dengan betul, pokok jenis ini cepat mati. Bila dah jadi begini ramai yang putus asa dan membiarkannya saja.
Sebenarnya ada cara untuk memulihkan semula pokok bunga Ros Jepun yang kering ini. Boleh ikut tip ini.
Tip suburkan kembali Ros Jepun
1. Apabila pokok Ros Jepun jadi jadi begini, ia perlu ditanam semula. Cungkil pokok yang kering dan kerat bahagian yang masih subur.
2. Untuk tanam semula, gembur semula tanah asal dan balik-balikkan tanah. Jika tanah keras, siramkan dengan sedikit air.
3. Apabila sudah siap digembur, ambil keratan pokok yang masih elok tadi untuk ditanam semula. Pastikan keratan dalam 2 ruas pada jari.
4. Kemudian cucuk terus pada tanah. Letakkan secara berselerak dalam pasu dan biarkan banyak. Insya-Allah pokok akan tumbuh subur dan mula mengeluarkan bunga.
Ini gambar pertama selepas dua minggu proses tanam semula.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.