Antara hidangan yang selalu ada waktu pagi adalah bihun goreng Singapore. Nampak macam putih saja tapi rasanya memang sedap dan pedas.Nak lagi best makan dengan sambal kicap.
Walaupun nampak ringkas tapi sebenar ramai yang tak tahu cara masak bihun Singapore ini. Bagi yang gemar hidangan ini jom buat sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Habeebah Md Daud
ini yang diajar oleh ibu mentuanya.Katanya rahsia supaya bihun Singapore yang dimasak sedap adalah udang kering.
Bihun 400gm(rendam dengan air panas 5 minit. Kemudian terus tos)
3-4 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu makan udang kering
2 inci halia
Udang (dibuang kulit)
Daun kucai -potong 4 cm
Lobak merah – hiris halus (jika suka)
Garam,gula, serbuk perasa -secukupnya
Bahan dikisar
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering & halia.
2. Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown.
3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan udang.
5.Masukkan bihun yg dah ditoskan. Gaul sebati
6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
Sumber: Habeebah Md Daud
Artikel berkait:
Tip Goreng Kuetiau Supaya Tak Kembang, Lembik Atau Hancur. Jangan Letak Bahan Ini
Tip Goreng Bihun Agar Elok Lembut, Sedap & Tahan Sampai Malam