Buat Sendiri Bihun Sup Utara, 2 Bahan Ini Mesti Ada. Rasa Sup Memang Mantap Sedap!

Share

Makan bihun sup dengan sambal kicap dah biasa, sekali sekala kita layan pulak bihun sup utara. Orang pantai timur atau selatan pun boleh buat, takde hal.

Bihun sup utara ini, wajibnya bihun mesti kuning dan cabai atau sambalnya mesti merah. Rasa supnya memang tip top sedap bila tambah tulang dan lemak, confirm berpeluh sambil hirup kuah. Kalau teringin nak buat boleh buat resipi yang dikongsi oleh Zaini Talib.

Bihun sup utara (sup tulang)


Cara buat bihun kuning

1 paket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit

1.Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.

2. Dah lembut bihun terus bilas dengan air paip kemudian ditapis atau tos.

Bahan-bahan sup

1 kilo tulang – dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
2 batang serai – ketuk
2-3 inci halia – diketuk
4 ulas bawang putih- ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil- ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil bunga cengkih – ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup

Cara membuat

1. Masuk air secukupnya – menutupi daging, kalau nak lebih banyak air lebihkan bahan sup di atas.

2. Masukkan semua bahan bahan dalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.

3. Selepas sup masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup (jika mahu).

 

Bahan untuk cabai merah

Cili kering – siap kisar atau cili boh
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil- ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula

Cara membuat

  1. Tumis bawang kemudian masukkan cili, masak sampai pecah minyak.

2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula.

3. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

Bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun sup
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng

Bihun sup utara cabainya mesti merah, bihunnya mesti kuning. Dua perkara ini wajib ada.

Siap bihun sup utara, sedia untuk dimakan

Selamat mencuba!

Sumber: Zaini Talib

Published by
VK