Makan

Buat Sendiri Bubur Asyura Versi Utara & Pantai Timur. Sukatan Untuk Makan Sekeluarga

Share

Sempena 10 Muharam, hari Asyura esok, mungkin ada yang teringin membuat hidangan bubur asyura dinikmati sewaktu berbuka puasa.

Menu ini ada banyak versi mengikut negeri, tapi yang popular adalah versi utara dan pantai timur.

Rasa bubur asyura keduanya juga berbeza, versi Pantai Timur atau Kelantan berempah dan turut diletakkan daging. Sementara versi Utara manis dan penuh dengan kekacang dan jagung. Tapi yang pasti keduanya sedap.

Cara buat bubur asyura Utara

Bahan A

2 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
200ml/ 1 kota santan segera
4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
1 cawan gula putih, gula merah (masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas

Bahan B

Jagung tin (tak guna semua)
1/2 biji ubi keledek (potong dadu dan rebus)
1/2 cawan kacang hijau (rebus dulu)
1/2 cawan kacang merah (rebus dulu)
1/2 cawan kacang kuda (rebus dulu)

Cara membuat

1. Campur semua bahan A dalam kuali tanpa buka api. Setelah kacau sebati semua bahan barulah buka api perlahan.

2. Campur semua bahan B dalam satu bekas apabila bahan A hampir masak.

3. Tuang dalam kuali bahan A, masak lama dengan api yg pelahan sehingga berkilat.

4. Tuang dalam bekas dan tunggu sejuk sebelum makan

Sumber: Nur Aishah Md Saad

Cara buat bubur Asyura Pantai Timur (Kelantan)

Bahan A

1 kg beras
1/2 kg kacang hijau
4 biji telur – opsyenal
Air secukupnya – termasuk air rebusan daging

Bahan B

150 gram kacang merah – boleh tambah
6 tongkol jagung – saya guna 3
2 biji ubi keledek – potong dadu

Bahan C

1/2 biji kelapa – 1500 ml santan
200 gram rempah asyura
Bahan goreng dan kisar di bawah

Bahan D

1 kg daging – kalau 1 1/2 kg lagi sedap
1 1/2 – 2 sudu besar garam kasar
6 cawan gula – ikut suka manis
1 sudu besar gula apong – opsyenal
2 keping gula melaka

Bahan Goreng & Kisar

14 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas

Cara membuat

1. Rebus daging menggunakan periuk Noxxa 20 minit. Selepas masak, carik carikkan daging seperti sambal daging.

2.Goreng bahan kisar dengan sedikit minyak dan kemudian dikisar hancur. Masukkan semula ke dalam kuali.

3. Masukkan santan dan rempah asyura bersama bahan kisar. Kacau sehingga naik minyak muda. Tutup api dan ketepikan.

4. Masak beras dengan kacang hijau dengan air secukupnya sehingga beras menjadi bubur. Setelah nasi menjadi bubur, masukkan kacang merah dan kacang putih (jika guna), jagung dan ubi keledek.

5. Masukkan rempah yang dimasak di atas, gula, gula Melaka dan garam. Kacau rata.

6. Masukkan daging dan telur. Kacau rata sehingga pekat. Guna stir fry jika guna periuk Noxxa. Kacau sampai pekat dan berat. Kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat, boleh lah ditutup api.

7. Tuang asyura ke dalam loyang yang dilapik daun pisang. Bila sejuk bolehlah dipotong. Jika sebelum sejuk, asyura dimakan panas panas menggunakan sudu.

Nota:
Kalau hendak menggunakan periuk Noxxa, masak hanya 250-300 gram beras.

Jika suka, boleh goreng beras tanpa minyak sehingga garing dan wangi. Beras tersebut dikisar halus dan ditabur atas asyura. Lagi sedap dan wangi baunya.

Sumber: Azie Kitchen

Published by
VK