Waktu tengah hari ini kalau hirup cendol memang syok. Rasa yang manis, lemak dan cendol yang kenyal memang buat ia disukai ramai.

Tapi bila beli cendol kat gerai jarang dapat yang sedap. Cendol keras, kuah santan kurang lemak, atau tak manis. Frust betul.

Kalau asyik tak kena dengan selera maka kenalah buat sendiri.Lagi satu memang lagi jimat buat sendiri, terutama kalau nak makan satu famili. Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Nina Mahdar ini.

Ada tiga resipi cendol sudah dicuba dan yang direkomen oleh Nina adalah resipi 1 kerana teksturnya kenyal. Untuk ketiga-tiga resipi ini, cara membuatnya adalah sama.

Cara buat cendol homemade

Resipi cendol 1:
100g tepung jagung
500g air pandan
1 sudu makan air abu (boleh beli di kedai menjual bahan bakeri)

Resepi cendol 2:
50g tepung jagung
50g tepung beras
450g air pandan
1 sudu makan air kapur

Resepi cendol 3:
100g tepung beras
1 sudu makan air abu
450g air pandan

Cara Buat Cendol Homemade. Lebih Kenyal, Kuah Santan Rasa Lemak, Manis Pun Boleh Ikut Cita Rasa

Ads

Cara membuatnya:

1.Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.

2. Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.

3. Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.

Ads

4. Bila cendol sudah masak tekan ke dalam acuan cendol. Boleh guna acuan maruku atau penapis lubang besar. Nak guna piping bag pun boleh.

5. Masukkan kedalam piping bag. Picit perlahan-lahan. Picit sewaktu panas ke dalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.

Cara Buat Cendol Homemade. Lebih Kenyal, Kuah Santan Rasa Lemak, Manis Pun Boleh Ikut Cita Rasa

Cara membuat kuah santan :

Ads

200g santan kotak dimasak bersama 2 cawan air dan sedikit garam. Masak santan sehingga panas, hati-hati jangan sampai pecah santan).

Cara membuat air gula: 

Masak 1 buku gula melaka bersama 1 cawan gula merah. Masak dengan 2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.

Penyediaan cendol

  1. Tapis cendol yang ada dalam air sejuk tadi lalu masukkan dalam mangkuk atau gelas
  2. Masukkan santan dan ais dan juga air gula Melaka. Sedia untuk dihirup.
  3. Tak habis boleh simpan untuk makan esok pula.

Cara Buat Cendol Homemade. Lebih Kenyal, Kuah Santan Rasa Lemak, Manis Pun Boleh Ikut Cita Rasa

Selamat mencuba!

Sumber: Nina Mahdar

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI