Petang-petang layan churros pun sedap juga. Cuma kalau nak beli mahal sikit harganya. Lebih baik buat sendiri, lagi puas makan.
Kalau nak cuba buat ikut perkongsian dari Myra Abdul. Katanya churros yang dihasilkan dengan resepi ini memang rangup di luar dan gebu serta lembut di dalam. Kalau simpan sampai esok pun masih lembut lagi.
Churros saya buat ni acuan nya besar. kalau panas, luar rangup, dalam gebu lembut. Dan masih lembut sampai ke esok nya.
Bahan-bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A
Cara membuat:
1. Didihkan air, masuk butter, gula, garam & esen vanila. Tutup api.
2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.
3. Masukkan telur , kacau juga sampai sebati.
4. Masuk adunan dalam piping bag & guna nozzle bunga.
5. Paipkan terus dalam minyak atau boleh juga paip dulu atas dulang utk dapat saiz yg sama.
Cara buat dip coklat
1. Sediakan coklat Beryl’s dan susu cair/susu fullcream
2. Cairkan cara double boiler.
Siap !
Sumber: Myra Abdul