Tip buat cili kisar tahan lama ini penting memandangkan bahan ini perlu sentiasa ada dalam peti ais bagi memudahkan kerja memasak.
Tapi selalu jadi rungutan adalah cili yang dikisar dan disimpan dalam peti sejuk ini cepat berkulat. Kita bajet kisar untuk seminggu, alih-alih hari ke-lima dah naik kulat. Lagi geram bila jumlahnya masih banyak.
Supaya tak jadi lagi masalah cili kisar berkulat ini, boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Puan Mim Nazihah. Kata beliau cili kisar yang dibuat mengikut cara ini boleh tahan antara satu ke dua bulan tanpa berkulat.
Tip cili kisar tak berkulat walau dah lama
Selalu kan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan Insha-Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Bahan-bahan
-Cili kering
-Bawang putih
-Air tapis
Ads
Caranya
1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih, cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
Ads
3. Kemudian toskan. Tak perlu basuh sekali lagi, cuma tos saja, sebab cili sudah dibersihkan sebelum ini. Sekiranya dibilas guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
4. Biarkan sekejap agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air dari penapis air. Elak dari guna air paip . Air dari penapis bersama bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Untuk mudahkan kerja memasak, ramai yang buat stok lauk yang disejuk beku atau frozen. Sebagai tambahan idea lauk, boleh buat lauk kegemaran ramai ini, cencaru sumbat atau cencaru belah belakang.
Ramai ingat tak boleh frozen kan! Idea ini dikongsi oleh Zadariah Zakaria. Bagi yang nak buat lauk ini boleh ikut perkongsian beliau.
Cencaru sumbat cili frozen
Siapa gemar cencaru sumbat cili? Cara saya, buat banyak-banyak kemudian frozen kan. Waktu nak simpan packing seekor-seekor berasingan.
Bila-bila nak makan baru keluarkan dan goreng. Ada juga kawan-kawan yang beli ikan cencaru sumbat frozen ni. Ini cara membuatnya;
Bahan-bahan dikisar:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit belacan
Gula,serbuk perasa, garam
Air asam jawa
Nota: Sukatan ikut cita rasa
Cara membuat
1. Ambil bawang besar, potong nipis kemudian gaul sekali dengan bahan dikisar.
2. Sumbat dalam ikan cencaru yang dah dibersihkan dan dibelah belakang. Letak dalam bekas/plastik berasingan seekor-seekor. Boleh simpan dalam peti sejuk beku. Atau boleh terus goreng.
TIP
Jika nampak bahan kisar agak berair, masak dulu cili selepas kisar. Kemudian baru masukkan hirisan bawang dan sumbat. Cara ini barulah sambal tak terkeluar bila digoreng.
Cara menggoreng, letak minyak agak-agak separuh tengelam ikan. Guna api perlahan. Goreng biar garing sebelah bahagian kemudian baru alih. Jangan balikkan ikan kerap ya.
Ikan belah belakang kalau nak sedap belah kedua bahagian dan sumbat sambal.
Pokok kunyit antara tanaman wajib bagi yang bercucuk tanam di rumah. Tapi selalu jadi rungutan bila pokok naik, daun kunyit tak cantik. Sama ada jadi kuning ataupun dimakan ulat.
Selalu berkongsi tip penanaman nenek Siti Samsiah berkongsi cara beliau menanam pokok kunyit supaya subur dan daunnya cantik tanpa cacat cela.
Cara nenek tanam pokok kunyit, cun melecun tanpa cacat daun
Ini pokok kunyit nenek. Cun melecun tanpa cacat daunnya. Ada lagi yang baru disemai juga naik cantik tunas-tunasnya. Ini cara nenek semai/tanam pokok kunyit.
1. Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nurseri dan tambah sabut hancur.
2. Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.
3. Biarkan tanah ini beberapa hari.
4. Kemudian cucuk kunyit dalam tanah. Pastikan mata tunas menghala ke atas.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...