Cucur bantal ini elok sangat di buat waktu petang kalau tengah hari masak kari ayam atau sambal sardin. Boleh cicah dengan lauk tadi.
Cucur bantal ini garing di luar dan berongga di dalamnya memang kena sangat untuk menyicah. Nak buat untuk menu sarapan pun boleh. Cara membuatnya dikongsi oleh Mariana Zainal.
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar Planta/ mentega
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis kering mauripan
1 sudu kecil baking soda
2 cubit garam
1 cawan air suam
1. Dalam satu besen, satukan mauripan, gula, air suam. Kacau hingga larut. Masukan tepung, baking soda, Planta dan garam. Uli sebati selama 8-10 minit.
2. Peram adunan selama 1 1/2 jam dalam bekas yang bertutup.
3. Selepas itu tumbuk tumbuk adunan untuk buang angin dalam doh dan uli.
4. Tabur tepung dan letakkan doh. Gelek leper tapi jangan terlalu nipis. Tabur tepung lagi. Potong adunan menjadi segi empat tepat tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
5. Biarkan 10 minit dan bolehlah digoreng dalam minyak yang panas guna api sederhana. Bila warna sudah perang dan garing bolehlah angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan bersama kari ayam, sambal bilis, sambal sardin dan kuah kacang.
Selamat mencuba.
Sumber:Mariana Zainal.