Hidangan dadih ini bukan saja kegemaran anak-anak tapi juga yang dewasa. Enak dimakan sejuk terutama bila cuaca panas, ia juga pilihan pencuci mulut selepas makan. Sebab itu ia antara yang selalu dijual di kedai makan.
Bagi yang ingin tambah pendapatan, dadih juga antara yang boleh diusahakan. Cara membuatnya senang dan boleh dijual dari rumah.
Jika nak cuba buat sendiri sama ada untuk hidangan keluarga atau jualan boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nawar Azhar ini.
Cara buat dadih homemade 2 lapis
Bahan-bahan
10 gram serbuk agar-agar
200 gram serbuk Coffeemate
3 liter air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
Pewarna dan perisa yang disukai
Bekas plastik (basahkan dengan sedikit air)
Cara membuat:
1. Sediakan periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dengan gula pasir. Masak sampai gula larut dan mendidih
Ads
2. Apabila dan mendidih, kecilkan api lalu masukkan Coffeemate. Kacau sebati kemudian masukkan pula susu cair,kacau lagi sampai mendidih. Tutup api.
3. Bahagikan larutan dadih kepada beberapa bahagian, letak pewarna dan perisa.
4. Sediakan bekas, tuang larutan dadih ke dalam bekas. Biarkan sehingga suam. Kemudian bolehlah simpan dalam peti sejuk
5. Untuk buat dadih 2 lapisan, keraskan dulu lapisan yang bawah, baru tuang lapisan yang atas. Keraskan.
Ads
Cara buat dadih coklat
Bahan-bahan
10 gram serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
200 gram Coffee mate
2 liter air
1 liter susu perisa coklat Dutch Lady (kotak)
1 tin susu cair
Bekas plastik (basahkan dengan sedikit air)
Cara membuat:
1. Sediakan periuk masukkan air, serbuk agar-agar dengan gula pasir, masak sampai gula larut dan mendidih.
Ads
2. Selepas mendidih masukkan Coffeemate lalu kacau sebati hingga mendidih. Kecilkan api kemudian masukkan susu cair dengan susu perisa coklat. Kacau lagi sampai mendidih. Tutup api.
3. Tuang larutan dadih ke dalam bekas plastik yang telah di basahkan dengan sedikit air. Buat sampai habis
4. Biarkan suam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Selain bilik membaca, ruangan solat juga sangat diimpikan buat mereka yang mempunyai kediaman sendiri.
Namun ruangan yang terhad menyebabkan keinginan itu dipendamkan sahaja.
Walaupun begitu perkongsian dari Shahrizan Mahful dari Tukang Apa Hari Ini memberitahu idea daripada seorang pelanggannya yang berjaya direalisasikan dengan berjaya membina ruang solat di bahagian loteng.
Pemasangan di bahagian loteng.
Siapa sangka ‘ruangan solat terapung’ yang dibina di ruangan atas tangga ini berjaya disiapkan dalam masa tiga hari pemasangan.
Manakala kos keseluruhan yang diperlukan adalah anggaran RM4,500 untuk loteng berkeluasan 9’ panjang x 5.5’ lebar.
DIY Ruang Solat Terapung
Hari pertama:
Pasang kerangka besi SH berukuran 2 x 6 x 1.9mm
Pasang kerangka.Kerja yang teliti.
Hari kedua
Padang simen board aksesori seperti handrail berukuran 12mm
Proses seterusnya.
Hari ketiga
Siapakan lantai menggunakan laminate floor. Kemasan anak tangga dengan menggunakan solid wood. Bahagian mengecat, kemas dan kerja mengelap dilakukan.
Siapkan tangga.
Info tambahan:
– Menggunakan dua wall plug bersaiz 3/8” x 4,1/2” pada satu titik di bahagian atas dan bawah, di mana bahagian yang akan masuk ke dalam dinding adalah 2,1/2”.
– Had berat untuk ruang ini dianggarkan boleh tampung sekitar 1,500 kg pada satu-satu masa.
Selalunya kita fikir makin ramai anak mak bapak lagi pening dan stres. Ya lah lagi banyak kerenah kena layan terutama yang ada sampai lima enam orang anak.
Sebab itu zaman sekarang tak ramai pasangan yang mahu beranak ramai. Tapi itu kata kita, lain pula menurut kajian.
Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh TODAYParent.com didapati, tahap stres ibu yang mempunyai tiga orang anak adalah lebih tinggi berbanding ibu yang memiliki jumlah anak yang lebih dari angka itu.
Kajian ini telah melibatkan 7,000 orang ibu di Amerika Syarikat dan dibuat untuk mengetahui tahap stres ibu dikaitkan dengan jumlah anak.
Ibu 3 anak lagi stres berbanding ibu 4 anak sebab…
Apa yang menarik tentang kajian tersebut, ia juga mendapati tahap stres takkan meningkat dengan pertambahan anak. Malahan ibu yang mempunyai empat anak dikatakan mempunyai tahap stres yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai tiga anak.
Menurut pakar psikologi dari New York Dr. Janet Taylor, tahap stres akan kurang selepas mempunyai anak keempat.
Ini kerana pada masa ini ibu akan belajar untuk menerima dan berhenti dari mencuba untuk mengawal semua perkara tentang anak mereka.
“Dengan empat anak, fikiran mereka sudah tidak cukup ruang untuk memikirkan kerisauan tentang kesempurnaan.
“Malah semakin ramai anak sebenarnya semakin yakin seorang ibu itu dengan kemahiran keibubapaan mereka. Anda kena belajar membiasakan diri dan selepas itu anda akan bersyukur,”ujar Dr. Janet.
Jenis stres mak-mak
Dalam pada itu kajian itu juga mendapati:
46 peratus ibu mengatakan suami menyebabkan mereka lebih stres berbanding anak
60 peratus ibu mengatakan perasaan tak cukup masa untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh seorang anak daripada ibu menyebabkan ibu stres.
72 peratus ibu stres bila memikirkan betapa stressnya mereka.
9 daripada 10 ibu stres untuk kekal cantik dan menarik.
Ok. siapa yang ada tiga orang anak lepas ni boleh buat perancangan untuk tambah anak ya. Moga-moga kurang stres.
Telefon pintar terutama yang mahal sebaiknya kita jaga dengan elok supaya prestasi atau fungsinya lancar.
Antara rutin penting yang perlu kita buat tapi ramai tak tahu adalah dengan menekan butang restart sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kenapa ia penting?
Menurut laporan portal Reader Digest dengan melakukan rutin ini seminggu sekali ia mampu
Mengembalikan semula memori
Mengelakkan ‘crash’
Menjadikan telefon pintar berfungsi lebih lancar
Memanjangkan jangka hayat bateri
Laporan tersebut juga memetik penjelasan seorang konsultan teknologi yang menerangkan bahawa setiap hari kita menggunakan aplikasi dalam telefon pintar dan apps ini sebenar tidak ditutup selepas kita gunakan sebaliknya diletakkan dalam keadaan yang membolehkan ia dibuka lebih pantas pada masa seterusnya.
Setiap hari juga kita menggunakan banyak applikasi dan apps yang pelbagai ini perlahan-lahan akan memakan memori dan kuasa bateri hingga menyebabkan bateri kita habis terlalu cepat.
Tapi dengan hanya menghidupkan semula telefon pintar atau restart, ia akan melancarkan pembukaan apps, memori dan menghapuskan segala link atau apps yang pernah diguna hingga memakan kuasa bateri telefon pintar.
Oleh itu jadikan rutin mudah berikut sebagai amalan seminggu sekali ;
1. Seminggu sekali restart/ power off telefon pintar
2. Biarkan selama sekurang-kurangnya seminit
3. Hidupkan semula telefon pintar
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...