Cara Buat Daging Dendeng Yang Padu. Bahan Tak Banyak Pun Tapi Punyalah Sedap

Share

Daging yang rupanya hitam, pedas manis ini memang sedap, selalu kita jumpa waktu kenduri. Tapi nak buat sendiri pun mudah rupanya. Bahan yang digunakan ringkas saja memang ada di dapur.

Kalau nak buat daging dendeng yang padu rasanya boleh ikut perkongsian Liza Idris ini. Menu ini boleh makan dengan nasi atau pulut juga tapi ratah macam tu pun lagi sedap.

Cara buat daging dendeng padu & sedap

1. Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati.

2. Rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan. Air daging disimpan ya.

3. Tumbuk daging guna lesung batu. Tumbuk sampai penyet je.

4. Masuk dalam mangkuk, perap dengan kicap biar rata. Perap lebih kurang 20 minit.

5. Panaskan minyak, goreng daging anggaran 5 minit. Angkat dan ketepikan dulu.

6. Sementara itu jom kita kisar bahan tumis;
-2 inci halia


-2 biji bawang besar
-2 batang serai
-3 ulas bawang putih

7. Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu supaya naik bau.

8. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.

9.Masuk 2 senduk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.

10. Dalam masa yang sama, masuk 10 helai daun limau purut. Banyak lagi sedap aromanya.

11.Masuk setengah cawan air asam jawa. Letak 2 sudu gula. 

12. Masuk sedikit air rebusan daging yang disimpan tadi. Biar pecah minyak lagi.

13. Letak kicap anggaran 10 sudu. Kacau sebati.

14. Masuk daging tadi. Kacau lagi.

15. Biarkan daging bergaul mesra bersama kuah sehingga sedikit kering dan pekat.

16. Masuk pula 1 sudu Cukup Rasa jika suka dan gaul. Dah siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Liza Idris

 

Published by
VK