Selain rendang, gulai, kari atau sup apa kata menu daging kita masak hidangan paling mudah tapi sedap.
Masak daging goreng kunyit! Menu ni makan dengan nasi putih dengan sambal pun dah cukup. Caranya boleh ikut resipi Dani Shoppe’s.
Ads
Daging goreng kunyit, masak paling mudah
Bahan-bahan
Daging – hiris ikut suka
Kacang panjang- hiris
Bawang holland- hiris
Cili – hiris
Sos tiram & serbuk kunyit
Cara membuat:
1. Sediakan periuk atau kuali. Letak daging di dalamnya, hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
2. Masak smpai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau biar semua sebati & lembut serata.
3. Bila daging dah lembut, air dah hampir kering & tinggal sikit, akan terbit minyak dari lemak daging.Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang.
4. Masukkan bawang & kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili. Saya tak letak garam sebab dah guna sos tiram. Tapi kalau perlu garam & gula sila tambah.
“Pergi kedai belikan susu!” Kalau ini pesanan korang kat suami atau anak, besar kemungkinan susu yang dibeli bukan apa yang korang nak.
Sebabnya sekarang ada banyak sangat jenis susu di pasaran. Jadi ada baiknya juga kita kenal jenis susu ini supaya tahu bezakan yang mana khasiatnya paling tinggi.
Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung. Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.
3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
4. Susu Skim (Skimmed Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.
5. Susu Sejat (Evaporated Milk)
Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.
6. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!
7. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, — badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.
8. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.
9. Krimer (Creamer)
Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.
OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan.
Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.
Panduan pengambilan ubat di bulan puasa
KEKERAPAN
MASA PENGAMBILAN
SEBELUM MAKAN
SELEPAS MAKAN
1 x sehari
Sebelum sahur
Selepas berbuka
2 x sehari
Sebelum sahur
Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
Selepas sahur
Selepas berbuka
3 x sehari
Sebelum sahur
Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
Sebelum tidur
Selepas sahur
Selepas berbuka
Sebelum tidur
4 x sehari
Bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk kepada ahli farmasi.
Walaupun bayi baru lahir belum mampu meluahkan kata-kata tapi mereka mampu memberitahu sesuatu melalui pergerakan yang selalu dilakukan.
Sebab itulah sangat penting untuk ibu bapa yang baru menimang cahaya mata memahami makna di sebalik pergerakan ini.
1. Melengkung badan ke belakang
Apabila bayi membengkokkan badannya ke belakang ia mungkin reaksi terhadap kesakitan atau masalah angin.
Sekiranya dilakukan ketika menyusu, ia mungkin bermakna bayi sudah tidak mahu menyusu lagi. Ia juga mungkin memberi petanda bayi mengalami kolik atau masalah penghadaman.
Penjelasan pakar kanak-kanak, apabila asid dalam perut naik hingga ke bahagian esofagus atau dada, bayi akan membengkokkan badan ke belakang untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Boleh jadi juga ia adalah respon kepada kekecewaan, marah ataupun kepenatan.
2. Selalu menendang
Jika pada masa itu bayi kelihatan gembira dan tersenyum, ia mungkin signal dia mahu bermain. Namun jika sikap bayi sebaliknya ia mungkin disebabkan sesuatu yang mengganggu keselesaannya seperti angin, lampin penuh atau kotor dan sebagainya.
3. ‘Head banging’/ menggoyangkan kepala ke depan dan belakang
Menurut pakar kanak-kanak bayi merasakan pergerakan seperti ini memberi keselesaan dan ketenangan buat dirinya.
Namun sekiranya dia melakukannya dalam tempoh yang lama sebaiknya berjumpa doktor. Perlu diketahui, kebanyakan bayi akan berhenti melakukan perkara ini pada usia 3 tahun.
4. Menggaru telinga
Bayi menggaru atau menyentuh telinga ia bukanlah bermakna mereka mengalami kesakitan pada bahagian tersebut. Ada pakar mengaitkan tindakan ini dengan pertumbuhan gigi pertama mereka.
5. Menggenggam jari
Bayi yang menggengam jari boleh jadi petanda mereka stres kerana lapar. Sekiranya anda melihat bayi melakukannya walaupun tidak menangis, respon anda mungkin perlu memberinya makan.
6. Melipat kaki
Apabila bayi melipatkan kaki hingga lutut hingga berada pada paras perut, ia boleh jadi petanda bayi mengalami masalah penghadaman, angin atau sakit perut.
Bantu bayi mengeluarkan angin dengan menepuk bahagian belakangnya.
7. Tangan terangkat ketika tidur
Ia berlaku jika bayi terganggu dengan bunyi bising, pergerakan atau pun cahaya.Ia akan mengejutkan bayi dan sekali gus menangis. Elakkannya dengan membendung tangan bayi ketika tidur dan elakkan persekitaran yang bising.
Perkara ini biasanya akan hilang selepas umur bayi tiga atau empat bulan.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...