Bagi yang menerima banyak daging korban, menu daging mungkin kerap dihidang di atas meja sepanjang minggu ini. Selain sup, gulai, goreng kunyit satu lagi menu daging yang mengancam selera boleh kita buat nanti adalah daging rebus air asam. Kalau makan lauk ni memang confirm licin pinggan dibuatnya.
Bukan saja sedap tapi cara nak buat pun senang. Rebus, kisar, gaul dah siap. Resipi lengkap dikongsi oleh Farhana Ismail.
Bahan-bahan:
Daging – direbus dan dipotong
Bahan kisar :
Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang disukai
Air asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Gula
Bahan dipotong
1 biji tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar
Cara membuat:
1. Kisar bahan dikisar tapi jangan sampai hancur lebur ya. Kisar kasar.
2. Tuang bahan kisar dalam mangkuk dan masukkan bahan yang dipotong tadi. Gaul.
3. Akhir sekali masukkan daging yang direbus tadi.
Siap dah boleh makan. Hidang pulak dengan ulam, memang terbaik.
Selamat mencuba.