Cara Buat Doh Roti Serbaguna Yang Mulus, Gebu & Berkilat, Ikut Langkah Ini

Share

Mulus & gebu sungguh roti ini, geram pula tengok. Menariknya doh ini bukan saja boleh jadi roti tapi juga donut, roti burger dan burger Malaysia juga.

Jadi berbaloi kalau nak cuba buat. Kalau nak buat sendiri di rumah boleh ikut perkongsian daripada Suhasnida Ismail.

Cara buat doh roti serbaguna yang gebu & mulus

Jomlah kita belajar buat roti, donat, burger Malaysia. Doh ini juga boleh buat roti burger,nak buat roti manis add on gula lebih sikit.

Kak Sue share resepi ni, inshaallah menjadi kalau buat betul betul. Cuma yang baru nak belajar,kena keep practice. Bukan buat sekali tak menjadi,dah putus asa.

Bahan-bahan:
700gm tepung high protein/tepung roti
300gm tepung gandum
100gm gula pasir halus
10gm garam halus
2biji kuning telur
30gm serbuk tepung susu full cream
4gm bakerine plus (bread improver)
550ml air sejuk
100gm shortening

Bahan bancuh yis:
15gm yis
20gm gula
50ml air suam

Cara Penyediaan:

1. Bancuh yis dengan air suam bagi berbuih. Nak campur terus dalam tepung tanpa bancuh pun boleh. Kak Sue bancuh dulu sebab nak bagi cepat kembang.

2. Campur bahan kering, telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sikit sikit dan uli sampai jadi doh. Kalau nak buat 900 tepung hp dan 100gm tepung gandum pun boleh. Lagi lembut halus mulus.

3. Kemudian masukkan garam dan shortening, uli sampai berkilat, licin dan tak lekat di mangkuk.

4. Rehatkan 5 minit dan bentukkan. Nak buat roti burger timbang doh 80gm. Jika nak buat burger Malaysia timbang doh 30gm atau 40gm. Kalau kata nak buat roti manis, tambah gula kepada 180gm atau 200gm. Terpulang pada cita rasa ya.

5. Rehatkan doh bagi kembang, kemudian sembur dengan susu full cream untuk buat roti. Baru permukaan roti cantik. Tapi apa apa pun doh kena uli biar berkilat dan licin. Step rounding pula kena kemas dan licin, jangan bagi terbuka bila buat bulat bulat tu ya.

6. Panaskan oven, kemudian bakar bila dah cukup kembang jika buat roti. Jika buat donat pula bolehlah goreng bila minyak dah panas.

Hasil roti
Roti burger
Burger Malaysia ini dari doh yang sama
TIP

1. Donat jangan overproofing, nanti melekat pada tangan bila angkat nak goreng. Jadi akan serap minyak, tak best nak makan

2. Doh jangan terlembik, sebab ia akan serap minyak jugak.

3. Jika buat donat saya lebih suka pakai shortening tapi kalau nak guna marjerin pun boleh. Tiada salahnya kita yang nak makan.

4. Untuk buat roti saya suka guna kuning telur,serat roti lebih halus lembut geboo,cuma pastikan jangan overproof ya dan kalau nak guna full telur pun ok, menjadi juga.

Selamat Mencuba!

Sumber: Suhasnida Ismail

 

Published by
VK