Cara Buat Donat Super Gebu & Lembut. Tak Perlu Uli!

Share

 

Ini idea minum petang yang bukan saja senang nak buat malah jimat.  Bahan yang diguna memang ada di dapur dan tak banyak tapi boleh kenyang seisi keluarga.

Paling best tak perlu lenguh tangan uli tapi donat tetap lembut dan gebu. Kalau nak cuba boleh ikut resipi perkongsian Mida Asmira

.

Donat Gebu Tanpa Uli (anggaran 25 bijik)

Bahan A:

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam (saya guna 1 1/2 cwn air suam)
2 sudu gula

Bahan B:

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara membuat:

1. Campurkan bahan A dan biarkan sehingga kembang.
2. Sementara itu campur semua bahan B dan ramas bahan ini hingga jadi macam serbuk roti.

3. Kemudian campurkan adunan tepung tadi dengan yis yang sudah kembang. Gaul rata.
4. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ya.
5. Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ya. Jangan memandai tambah tepung tau.

6. Lepas satu jam tumbuk tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.
7. Saya bulat-bulatkan doh,kemudian leperkan sedikit dan lubangkan guna penutup botol. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan.

8. Selepas dah bentukkan donut. Biarkan selama 30 minit.
9. Kemudian bolehlah goreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng dgn api sederhana perlahan.

Siap!

Sumber: Mida Asmida

Published by
VK